Maple: Menyelesaikan Persamaan Kuadratik


Persamaan kuadratik boleh terhasil daripada tiga titik. Persamaan kuadratik adalah polinomial yang mempunyai kuasa terbesar dua. Persamaan kuadratik di tulis dalam persamaan matematik adalah y=ax2+bx+c. Menyelesaikan persamaan garis lurus misalnya mendapatkan persamaan diantara tiga titik iaitu titik A ( x[1], y[1]), titik B (x[2], y[2]) dan titik C (x[3], y[3]). Penyelesaian menggunakan software Maple adalah seperti berikut.

Contoh di atas misalnya menukarkan julat dari 0-100 kepada 10-100, namun ditetapkan pada masukan x=50, keluaran hanya y=30. Jadi di sini terdapat tiga titik iaitu (0, 10) , (50, 30) dan (100, 100). Ketiga-tiga titik mesti menepati persamaan y=ax2+bx+c.

Persamaan eq1 adalah memasukkan nilai titik A, persamaan eq2 adalah memasukkan nilai titik B dan persamaan eq3 adalah memasukkan nilai titik C. Kemudian selesaikan nilai c dalam bentuk persamaan a dan b. eq4 adalah menyamakan nilai b sebagai perkara rumus pada eq2 dan eq3 dengan nilai c dalam persamaan a dan b.

Setelah menyamakan nilai b, hanya nilai a yang wujud dalam eq4. Oleh itu, nilai a boleh diperolehi dengan menyelesaikan eq4. Setelah dapat nilai a, nilai b dan c turut diperolehi. Hasilnya adalah seperti di bawah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *