Tentang Saya

Gambar pada tahun 2008
Hai, terima kasih kerana melawat blog ini dan berminat untuk mengenali pemiliknya. Nama saya Shahrul Nizam B. Mat Rejab. Dilahirkan di Jengka, Pahang pada tahun 1984. Sekarang menetap di Shah Alam, Selangor. Saya sangat meminati bidang teknologi. Apa-apa saja teknologi tetapi lebih cenderung kepada bidang elektrik kerana seorang manusia tidak mampu menguasai semua bidang. Sejak kecil meminati subjek matematik, sehingga di universiti subjek pengiraanlah yang membantu saya menguasai ilmu elektrik.
Saya seorang yang agak pendiam tetapi gemar berkongsi ilmu. Saya menjadi pendiam jika membincangkan topik yang tidak diminati seperti sukan dan artis tetapi seorang yang aktif jika membincangkan topik teknologi berlandaskan pengetahuan-pengetahuan saya. Blog ini juga adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan saya serta idea-idea saya, mungkin. Saya akan menulis dalam dwibahasa kerana dalam menerangkan tentang teknologi, sesetengah perkara atau term tidak sesuai diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia.
Saya ringkaskan biodata saya dibawah.
Pendidikan:
1990-1996: Sekolah Kebangsaan Jengka 5, Maran, Pahang. – UPSR
1997-1999: Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6, Bandar Jengka, Pahang. – PMR
2000-2001: Sekolah Menengah Teknik Kuantan 1, Kuantan, Pahang. – SPM
2002-2005: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. – Diploma in Electrical Engineering (Power)
2005-2008: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. – Bachelor in Electrical Engineering (Instruments)
Skill:
Microcontroller Programming.
PIC, PLC dan FPGA.
Automation and Robotic.
Circuit Design and PCB Design.
Perkhidmatan:
Merealisasikan idea teknologi anda, tetapi tiada jaminan kerana pekerjaan ini bukan mudah. Adakalanya memerlukan research yang mendalam dan budget yang besar.
Impian:
Menjalankan pekerjaan yang diminati, menjalani kebebasan hidup dan memiliki kewangan yang stabil.
Blog lain:
shahrulnizam.biz, shahrulnizam.net
Social networking:
facebook.com, twitter.com, youtube.com, mudah.my
Untuk hubungi saya, gunakan contact form di bawah.
Post ini telah menerima 13,412 views sejak dikeluarkan pada 9:01 PM Thursday, 28th May 2009
e-one, power supply ttg ape?
good blog..
nk tnye tntang power supply blh x?
saya belajar bidang TEKNOLOGI ini tpi saya kurang tahu mengenainya pening kpla saya……..