Tentang Saya


Hai, terima kasih kerana melawat blog ini dan berminat untuk mengenali pemiliknya. Nama saya Shahrul Nizam B. Mat Rejab. Dilahirkan di Jengka, Pahang pada tahun 1984. Sekarang menetap di Kota Puteri, Selangor. Saya sangat meminati bidang teknologi. Apa-apa saja teknologi tetapi lebih cenderung kepada bidang elektrik kerana seorang manusia tidak mampu menguasai semua bidang. Sejak kecil meminati subjek matematik, sehingga di universiti subjek pengiraanlah yang membantu saya menguasai ilmu elektrik.

Saya seorang yang agak pendiam tetapi gemar berkongsi ilmu. Saya menjadi pendiam jika membincangkan topik yang tidak diminati seperti sukan dan artis tetapi seorang yang aktif jika membincangkan topik teknologi berlandaskan pengetahuan-pengetahuan saya. Blog ini juga adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan saya serta idea-idea saya, mungkin. Saya akan menulis dalam dwibahasa kerana dalam menerangkan tentang teknologi, sesetengah perkara atau term tidak sesuai diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia.

Saya ringkaskan biodata saya dibawah.

Pendidikan:
1990-1996: Sekolah Kebangsaan Jengka 5, Maran, Pahang. – UPSR
1997-1999: Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6, Bandar Jengka, Pahang. – PMR
2000-2001: Sekolah Menengah Teknik Kuantan 1, Kuantan, Pahang. – SPM
2002-2005: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. – Diploma in Electrical Engineering (Power)
2005-2008: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. – Bachelor in Electrical Engineering (Instruments)

Skill:
Hardware: Circuit Design dan PCB Design.
Controller: PIC, PLC, Arduino, ESPresso Lite, NodeMCU, ESP32 dan Raspberry Pi.
Desktop App: Visual Studio.
Mobile App: App Inventor, Makeroid dan Intel XDK.
Web App: HTML, PHP, CSS, JavaScript, jQuery dan Bootstrap.
Sijil: HRDF Trainer, KNX Partner

Kursus:
1. PIC – http://shahrulnizam.com/kursus-oktober-2016
2. Arduino – http://shahrulnizam.com/kursus-ogos-2017
3. Altium Designer – http://shahrulnizam.com/kursus-oktober-2018
4. ESP32 – http://shahrulnizam.com/kursus-november-2019
5. Raspberry Pi Python – http://shahrulnizam.com/kursus-november-2019
6. Raspberry Pi NodeRED – http://shahrulnizam.com/kursus-ogos-2019

Perkhidmatan
:

Merealisasikan idea teknologi anda, tetapi tiada jaminan kerana pekerjaan ini bukan mudah. Adakalanya memerlukan research yang mendalam dan budget yang besar.

Impian:
Menjalankan pekerjaan yang diminati, menjalani kebebasan hidup dan memiliki kewangan yang stabil.

Social networking: facebook.comyoutube.com, tiktok.com

Charge projek bagi tahun 2023

  • Upah programming: RM1,000-RM10,000
  • Upah Projek : Minimum RM2,000

Telegram Group: https://t.me/+VWvB4caNM5xqh9TM
E-mail: shahrulnizam.com @ gmail.com

171 responses to “Tentang Saya”

  1. tahniah kerana mempunyai kelebihan mencipta sesuatu yg lain dari yg lain berasaskan teknologi dan blog anda cantik. bole promosikan produk kesihatan, kecantikan dan bole menjana pendapatan lumayan iaitu Lumiglow 6 dalam 1. kelebihan ialah keseimbangan hormon, awet muda, tegang payudara, nyah toksin, pelangsingan badan.

  2. wah.. teruja aku tgk blog ko ni, yela time sekolah teknik dulu ko diam je.. tuk..tuk.. dh ade blog dh skang, aku pn brubah gak.. ingat lg x dulu time skolah teknik, ko la sifu kitaorg blaja add math, elektrik & elektronik, kimia & fizik.. satu subjek ni kitaorg x blaja dg ko tp ko blaja dgn kitaorg, subjek BI.. hehe..
    lama gak la x jmpa dgn ko.. semenjak kita abih SPM ari tu smpai la skang, ari 2 ade gak terserempak dgn ko time aku kt uitm s alam, sama batch kut.. cuma aku dr uitm penang.. ape2 pn, aku skang x sama bidang dgn ko dh.. aku join mekanikal lak, yela dulu time skolah asik kantoi je elektrik aku.. ape2 pn gud luck wat ko sebab still maintain lg..

  3. Saya ada banyak majalah elektonik lama seperti Electronics World, EPE, Silicon Chips, Real Robots etc. Nak buang sayang, tapi x pakai lagi, kat mana boleh saya letakkan ya?…

  4. tima kasih bro sebab sudi berkongsi ilmu dengan orang lain, aku harap ko boleh tolong aku kalau aku ada masalah apa2 ttg programming PIc..

  5. blog ni memang lain dari yang lain, ilmu bermanfaat..

    ps: dulu saya pernah menceburi bidang elektronik separuh jalan..bila baca blog ni, dapat refresh sket2 apa yg dah belajar dulu..

  6. salam,saya nak tanya…mcm mana nak wat programming utk condition ni…byk source yg saya dapt…tapi tak faham…

    kalau ir detector sensor as input detect smoke, and send data melalui transmitter and di receiver terima data and activated buzzer….mintak tolong ajar kan

  7. boleh tak h-compiler tukar assembly language ke C?pastu, lepas kita load program ke pic….kalau nak erase…mcm mana connection dia?

  8. 1)cara nak pasang capacitor supaya tak terbalik polarity mcm mana?
    2)kalau suis botton ada 4 kaki, yg mana satu nak make sure in and output,kene guna berapa?

    • 1) Capacitor ada yang ceramic dan electrolytic. Ceramic tiada kutub, electrolytic ada kutub dan ada tanda jalur pada badannya untuk negatif.
      2) Push button 4 kaki, sambungkan 2 kaki sahaja.

  9. salam..saya penolong pensyarah di KPTM Kuantan..saya ingin mempelawa en.shahrul untuk mengadakan kursus asas PIC di kolej kami.boleh en.shahrul bagi no.tel atau en.shahrul boleh hubungi saya (nik nur hafizi : 019-9366830)

    terima kasih.wassalam

  10. salam encik shahrulnizam…saya ingin bertanya mengenai PIC
    saya menggunakan PIC 16F877A dalam projek saya
    soalan saya,bolehkah PIC16F877A beroperasi
    jika kita mengunakan data yg telah di convert dari import data matlab kepada c code?..

  11. Asklm Shahrul,

    Saya ingin buat sebuah “test jig” yg menujukkan kesan control PID kepada motor. Di mana Proportional Gain and Integral Gain boleh di ubah utk menunjukkan kesan control PI controller. Mempunyai LCD display yang displaykan value control paramater dan lain lain

    Harap hubungi saya di email abusholihin313@gmail.com atau hp 0167705313. Boleh kita bincang lebih lanjut tentang technical dan bayaran.

  12. Mas Shahrul saya sudah hantarkan email.. mohon hubungi saya lewat email itu saya ada masalah tentang komunikasi serial antar PC menggunakan VB. Mohon bantuannya.

  13. Salam..sy nk tau sensor asap apa yg ssuai untuk projek elektronik…lau leh sy nk tau nme dan kod komponen trsebut…tengs

  14. salam. encik shahrul nizam.. boleh saya dapatkan hex code/source code untuk litar temperature control ? harap encik dapat membantu

  15. Assalamualaikum.

    Boleh saya dapatkan no. telefon En. Shahrulnizam.
    Saya bercadang untuk menjemput tuan untuk mengajar kami dalam bidang PIC untuk perancangan saya tahun 2013.

    Terima kasih di atas kesudian tuan.

    Sekian

  16. Well, you send me the projects, developed in Mplab? with the source code and libraries?
    Let me know how to send the money to you, I’ll buy your code,
    I’ll pay you $ 1100US.
    Well you can send me your bank account so that I make the payment, I’ll take a few days but you will get the value. because I need to save money to send to you.

    You can send me to a unique sample code, please.
    I am using Hi tech compiler. (C: \ Program Files \ HI-TECH Software \ PICC \ 9.83 \ bin \ picc.exe) and Mplab Version 8.60.
    We agree?

    Thank you

  17. salam. saya nak tanya…
    arduino- romeo boleh control 2 motor only.
    then, kalau saya nak tambah lagi 1 motor, saya perlu beli arduino lagi 1 ke? atau coding guna pic sahaja?
    apa yang patut saya lakukan?

  18. abg shahrul bole x saya nak tengok coding pic yg berkaitan lcd dispaly tok dc motor tu, saya nak twu macam mane abang kira nilai pulse untok dapat nilai rpm motor, macam mane abg kire nilai pulse untuk intersep kedalam lcd.. saya sudah lame pikir kn pasal nie, tapi xberjaya n sya juga baru dalam coding pic nie, harap abang bole membntu saya.

  19. Tahniah atas usaha anda membina site ini. Saya gembira kerana ada juga rakan mempunyai minat yang sama seperti saya. Teruskan usaha anda.

  20. Hi, SaharulNizam,

    I Have an automated GSM TOP-Up project in mind and presently doing on small scale by using Wavecom FastTrack Modem to help the poor Muslims here in Sri Lanka. I would like to discuss this Project in detail with you further to produce compact Kits for GSM Top_Up based on the STK (SIM Tool Kit) Menu. So pls give me an opportunity to discuss with you.

  21. Salam. Masjid saya bekerja mahukan Board Waktu solat digital yang besar 4″ x 8″ beserta hiasan dan logo masjid. Customise. Juga dilengkapi 1 jam analog yang besar ditengah-tengahnya.. Memandangkan ia akan digantung ditempat yang tinggi satu setting box adalah diperlukan untuk resetting waktu solat dari bawah. Boleh bagikan sebut harga? Syukron.

  22. salam…sy nk tye kn pendapat…sbb sy xbrpe nk phm sgt programming PIC.so, sy ye projek CAR CRASH WARNING SYSTEM. so leh xbantu sy

  23. saya berminat nak beli buku projek2… nak blajaq sama dr situ…mcm mana nak dapat kan buku2 projek dan brapa harga…

    din pnjng.

  24. salam enck shrul saya berminat di dalam bidang electronik , sekarag saya sedang memebuat suatu prjok saya sendiri , saya ingin minta bantuan encik sahrul untk mengselsaikan masalah saya boleh x bantu , saya sedang memebuat earth resisivty meter , boleh x sikiranya x keberatan membantu.

  25. Assalam tuan, saya nak tanya sesuatu. Sekarang saya tinggal 20% nak siap projek akhir saya.Sya buat Angsana Mall Ipoh parking mobile apps.Mobile apps dah siap.sekarang tinggal nak connect sensor di palang-palang parking mall dan terus connect ke db(mysql) . Macam mana kita nak connect sensor ke pc dan kena guna sensor jenis apa.Terima kasih tuan

  26. Dear Sir,

    The organizing committee of ‘Korea-Malaysia Industry Day” to be held in conjunction with the 11th International Conference on Ubiquitous Robots & Ambient Intelligence (URAI) 2014 which is jointly organized by Korea Robotics Society (KROS), Universiti Kuala Lumpur and MyRAig would like to invite potential Malaysian companies in the areas of robotics, automation and artificial intelligence to participate in this special one day event.

    This Industry Day will serve as a strategic avenue for business and industrial collaborations and networking as it brings together Korean industry agency like MOTIE and industrial robotics associations like KIRIA and KROS to meet up with their Malaysian counterparts here.

    The details of the Korea-Malaysia Industry Day are as follows;

    Date : 13 November 2014 (Thursday)
    Venue : Maple Room, Double Tree Hotel by Hilton, Jalan Tun Razak, K.Lumpur
    Time: 9.00am till 6.00pm
    Itinerary: (Talk/Q&A/Forum Style/Business Matching & Discussion for Malaysian and Korean
    Companies / 2 new Korean Robots Demo) plus luncheon
    Expected Participants: Government Agency Officials Korea &Malaysia, Industry Association Officials,
    Korea & Malaysian companies representatives
    (6 Korean companies have confirmed attendance up till last week)
    Fees : RM 250 per representative -Malaysian companies (places limited to 25 Companies)
    • Deadline for payment and registration : 12 November 2014

    Please find attached with this mail are the PDF information on the Industry Day and the brochure plus reply form and payment information. We as the organizers of URAI 2014 and the Korea Malaysia Industry Day look forward to your strong presence and participation in this event. If there is any further inquiry on this matter, I can be reached via my mobile number and my emails as stated below.

    Thank you.

    Regards;

    NORKHAIRI BIN AHMAD
    URAI 2014 Chair for Industry Day

    Head of International Partnership Unit
    International, Industrial and Institutional Partnership Section,
    UniKL Malaysia France Institute

    DL : 603-89132864 HP :6 013-2152522 F: 603-89201011
    Email: norkhairi@unikl.edu.my and norkhairi73@gmail.com

  27. HELLO,
    I WANT TO MAKE A COMMUNICATION BETWEEN THE PIC AND FREQUENCY INVERTER, THROUGH THE MODBUS RTU PROTOCOL, YOU HAVE NO CODE THAT CAN ASSIST ME IN THE IMPLEMENTATION OF THE CODE.

  28. Assalam encik. Saye nk tnya , ada tak cadangan bagi projek saye yg brtajuk . embedded system dicampur communicative device ?

  29. sy nak buat projek mini walkie talkie , pastu nak tambah paparan.. awk rsa ok ker untuk projek akhir tahun ?

    • Assalamuaikum…encik boleh tak tolong kami beri idea untuk buat projek akhir tahu.Bertemakan automasi,inovasi dan menyelesaikan masalah seharian …Boleh tak encik bantu kami.

  30. Salam en..boleh saye nak tahu mcmana nak dapat kan coding tuk smart dustbin yang mcm en buat tuu??? sbb project akhir saye sebijik mcm en buat

  31. Assalammualaikum, sy ingin bertanyakan mengenai mini project microprocessor & microcontroller. Kami hanya ingin coding nya sahaja. Berapa charges dikenakan yer?

  32. assalamualaikum, projek saya sebijik mcm encik shahrul punya, cuma kami kena hntaq mesej tu paparkan sekali percentage air dan pakai arduino. kalau saya nak tahu litar dan coding dy, berapa bayarannya? ty.

  33. Saya nak tempah project, tapi saya perlu terangkan details dekat en. Nak buat appointment or boleh buat thru email? Harga project dan deposit boleh dpt on the spot?

  34. Assalamualaikum tuan. Bolehkan saya me dapatkan bantuan dari segi cooding tuan. Untuk final projek saya sem depan, saya berhasrat untuk membuat sensor dustbin. Tapi dari segi cooding arduino saya tidak beberapa mahir. Bolehkan tuan memberi tunjuk ajar dari segi bidang tersebut?

  35. salam.. encik sharul.. sy mw bt projek mnggunakn arduino.. sy mw bt tntang sensor .. apabila objek tu brgrak melbihi jrak yng kita ttapkn.. sensor tu mengeluarkn bunyi.. blh sy dptkn khidmat tuan.. dn brpa hrganya ya untuk coding dan design projek ni..

  36. hai encik, saya nak develop mobile app for student attendance system via bluetooth. encik boleh buatkan ke?

  37. salam tuan..kami ada satu projek reverse engineering washing machine menggunakan Arduino Mega..sy nk bertanya..kalau saya nak encik buat coding sahaja untuk projek ni berapakah bayarannya?

  38. Salam….bleh xk nk tmpah projek?….projek ni utk bas sistem….ade guna Rasbperry pi,RF receiver, RF transmitter, LCD display,speaker..

  39. salam encik,

    saya nak tanye klau saya nak tempah project berkenaan wireless knee braces support
    berapakah kos yang diperlukan?

  40. Salam, saya nk tanya, ada provide service online database tak? Projek saya dh siap 80%, tinggal nk tambah online database je. Projek skrg menggunakan arduino mega.

  41. Salam tuan, saya buat projek kompas kiblat elektronik tetapi saya tidak tahu coding. Saya berharap sangat tuan dapat membantu saya membuat coding. Saya menggunakan arduino uno, skgps,hmc5883l dan lcd. Akhir sekali, berapakah bayaran untuk upah coding ini kerana saya nak guna pada hari selasa ini.

  42. Assalam tuan, saya membangunkan sistem HR, namun ada masalah untuk buat integrasi dengan thumbprint attendance. Mohon sugestion mechine thumbprint dan nak belajar mengintegrasikannya. saya membangunkan sistem menggunakan PHP&Mysql. Terima kasih saya dahuluakan diatas kerjasama tuan.

  43. Automatik fan
    Komponen2 ape yang digunakan
    Boleh listkan
    Tolong..sebab kita nak buat projek ni dalam final projek..

  44. Assalamualaikum Encik Shahrul. Saya bersama rakan sekumpulan sedang hadapi final projek. Kita ingin mengatahui lebih mendalam mengenai projek “Smart Trolley System” encik. Boleh saya hubungi encik melalui email atau whatsapp?

    • Waalaikumussalam, boleh hubungi melalui e-mail atau whatsapp, tapi saya tidak berikan consultation percuma memandangkan saya banyak projek untuk disiapkan.

  45. Boleh tak tolong saya, saya sedang bina 1 projek yang dinamakan arm robot, dan saya sedang ada sedikit masalah tentang projek ini saya harap awak boleh bantu. Saya menggunakan raspberry pi dan juga android studio.

  46. Hi sir,
    I’m writing to you based on the attendance application system you have and would like to discuss more about the software itself. Do you by any chance sell the software or does it come together with the hardware which needs building? Do drop me a message. Hope to hear from you soon. Thanks.

    Regards,
    Gan

  47. Salam saudara ku.
    Saya ada terima messanger saudara. Dan sy terus membaca pekenalan diri dan pertanyaan dari pembaca dan comment dari saudara.

    Sahabatku. Tiada jalan singkat utk mencapai cita2. Kena lalui ranjau dan duri. Contoh yg tak bolih dinafikan dan wajib dikuti kena berkerja keras utk ke surga.
    Banyak jawapan dari saudara ke peminat saudara kena di perhalusi jika ingin maju jauh .dalam hidup ada rugi dan ada untung namun setiap langkah harus di mulai dgn ikhlas dan ada niat sedekah. Memerlukan kesetabilan dalam impian dari segi kewangan ada lah hak dia,kita hanya usaha sungguh2.
    Menjawab dan memberijawapan adalah sedekah. Inshallah bejaya. ITULAH AMALAN SAYA. ZULLDESIGN

  48. Salam tuan , saya pelajar dari sebuah kolej ingin bertanya . saya ada membuat satu projek iaitu smart safety helmet , menggunakan nodemcu dan force sensor (fsr 402) . projek itu bila saya guna supply daripada laptop , dia semuanya okay tiada masalah . tetapi sekirannya saya menggunakan power bank , ia tidak stabil . dia boleh guna skali sahaja, selepas itu dia terus mati . nodemcu itu tidak connect dgn hostpot saya. kalau guna laptop , ia tiada masalah okay sahaja . mohon tuan boleh bantu saya untuk selesaikan masalah saya yg dihadapi ini . terima kasih

  49. Buat projek fyp utk networking tak ? Saya ada kene buat website dan raspiberry, dlm raspiberry tu dia boleh scan dan simpan data. dlm website saya pulak dia boleh isi data pengguna.

  50. Sirs:
    I am interested in obtaining the outline and sketch of this project, you can tell me the current price
    Thank you
    Cèsar Nogues from Spain

  51. Sirs:
    I am interested in obtaining the outline and sketch of the PIC Relay timer project.
    Please, could you tell me the current price?
    Thank you
    Marcelo

  52. Assalam tuan, kalau saya ada kekeliruan atau soalan yang ingin ditanya berkenaaan dengan arduino boleh ke saya tanya dengan tuan?

  53. Hello Shahrul Nizam, Saya orang barat dari Eropa. Bahasa ini susa di mengerti buat saya. Bisah di ganti ini ke bahasa Inggris? This would make it easier for more people to understand!
    And what I mis further is a parts list with your projects, description and where to buy.
    Greetings from Europe,
    Mat Heinen

Leave a Reply to Cèsar Nogues Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *