Tentang Saya

Hai, terima kasih kerana melawat blog ini dan berminat untuk mengenali pemiliknya. Nama saya Shahrul Nizam B. Mat Rejab. Dilahirkan di Jengka, Pahang pada tahun 1984. Sekarang menetap di Puncak Alam, Selangor. Saya sangat meminati bidang teknologi. Apa-apa saja teknologi tetapi lebih cenderung kepada bidang elektrik kerana seorang manusia tidak mampu menguasai semua bidang. Sejak kecil meminati subjek matematik, sehingga di universiti subjek pengiraanlah yang membantu saya menguasai ilmu elektrik.

Saya seorang yang agak pendiam tetapi gemar berkongsi ilmu. Saya menjadi pendiam jika membincangkan topik yang tidak diminati seperti sukan dan artis tetapi seorang yang aktif jika membincangkan topik teknologi berlandaskan pengetahuan-pengetahuan saya. Blog ini juga adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan saya serta idea-idea saya, mungkin. Saya akan menulis dalam dwibahasa kerana dalam menerangkan tentang teknologi, sesetengah perkara atau term tidak sesuai diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia.

Saya ringkaskan biodata saya dibawah.

Pendidikan:
1990-1996: Sekolah Kebangsaan Jengka 5, Maran, Pahang. – UPSR
1997-1999: Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6, Bandar Jengka, Pahang. – PMR
2000-2001: Sekolah Menengah Teknik Kuantan 1, Kuantan, Pahang. – SPM
2002-2005: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. – Diploma in Electrical Engineering (Power)
2005-2008: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. – Bachelor in Electrical Engineering (Instruments)

Skill:
Hardware: Circuit Design dan PCB Design.
Controller: PIC, PLC, Arduino, ESPresso Lite, NodeMCU dan Raspberry Pi.
Desktop App: Visual Studio.
Mobile App: App Inventor, Makeroid dan Intel XDK.
Web App: HTML, PHP, CSS, JavaScript, jQuery dan Bootstrap.

Perkhidmatan:
Merealisasikan idea teknologi anda, tetapi tiada jaminan kerana pekerjaan ini bukan mudah. Adakalanya memerlukan research yang mendalam dan budget yang besar.

Impian:
Menjalankan pekerjaan yang diminati, menjalani kebebasan hidup dan memiliki kewangan yang stabil.

Blog lain: shahrulnizam.biz, shahrulnizam.net

Social networking: facebook.comyoutube.com

Charge projek bagi tahun 2018

  • Upah programming: RM600-RM1,000
  • Projek : Minimum RM1,500
  • Kursus: RM100/jam @ RM600/hari (1-5 orang)

E-mail: shahrulnizam.com @ gmail.com

No WhatsApp (sahaja): +6 011-2167 3125 (Pn. Atiqah)

wasap.my/601121673125

Waktu operasi: 8.00 am – 7.00 pm (Isnin – Sabtu)

148 Responses to “Tentang Saya”

  1. raznan says:

    Salam Tuan Shahrul.saye mencari alat jimat elektrik untuk rumah kediaman.. Tuan boleh buatkan ke

  2. Azizul Hakeem says:

    Boleh tak tolong saya, saya sedang bina 1 projek yang dinamakan arm robot, dan saya sedang ada sedikit masalah tentang projek ini saya harap awak boleh bantu. Saya menggunakan raspberry pi dan juga android studio.

  3. Muhd Shahmi says:

    Assalamualaikum Encik Shahrul. Saya bersama rakan sekumpulan sedang hadapi final projek. Kita ingin mengatahui lebih mendalam mengenai projek “Smart Trolley System” encik. Boleh saya hubungi encik melalui email atau whatsapp?

    • Shahrul says:

      Waalaikumussalam, boleh hubungi melalui e-mail atau whatsapp, tapi saya tidak berikan consultation percuma memandangkan saya banyak projek untuk disiapkan.

  4. Thiban ravi says:

    Automatik fan
    Komponen2 ape yang digunakan
    Boleh listkan
    Tolong..sebab kita nak buat projek ni dalam final projek..

  5. laxmi says:

    pls give me quotation on aurdino course , if possible i need some detail about the course.tq

  6. battan says:

    hi please provide your available whatsap number i want the gsm gps codes

Leave a Reply

What is 4 + 6 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)