Apa itu KNX


KNX adalah standard communication protocol bagi smart home dan building automation. Ia direka untuk membolehkan integrasi dan kawalan pelbagai peranti dan sistem dalam sebuah bangunan seperti pencahayaan, pemanasan, pengudaraan, penyamanan (HVAC), sistem keselamatan dan lain-lain.

KNX Association pula ditubuhkan pada tahun 1999 dengan gabungan tiga pertubuhan iaitu EIBA (European Installation Bus Association), EHSA (European Home Systems Association) dan BCI (BatiBUS Club International). Ibu pejabat KNX Association di Brussels, Belgium. KNX Association sebagai pertubuhan yang menguruskan KNX member sebagai pengeluar produk KNX, KNX training center sebagai pemberi latihan kepada ahli-ahli serta KNX partner sebagai ahli bertauliah yang diiktiraf bagi menjalankan sistem KNX. Ahli bertauliah perlu lulus peperiksaan teori dan amali.

KNX Bus boleh digunakan dalam beberapa media penghantaran iaitu Twisted Pair (TP), Powerline, Radio Frequency dan IP Ethernet/Wifi. Sistem KNX minimum adalah terdiri daripada KNX Power Supply, Sensors seperti KNX Push Button dan Actuators seperti Switch Actuator.

Dalam setiap sistem KNX terdapat dua jenis address iaitu individual address dan group address. Individual address adalah nombor unik bagi setiap module yang bersambung pada KNX Bus. Keseluruhan individual address adalah 16bit dengan dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu Area (4bit), Line (4bit) dan Bus Device (8bit). Individual address ditulis sebagai contoh 1.1.1.

Group address pula adalah element penghubung bagi mewujudkan pautan logik diantara sensors dan actuators. Keseluruhan group address adalah 32bit dengan tiga jenis structure iaitu 3-level structure, 2-level structure dan free structure. 3-level structure terdiri daripada main (5bit), middle (3bit) dan subgroup (8bit) ditulis sebagai contoh 0/0/1. 2-level structure pula terdiri daripada main (5bit) dan subgroup (11bit) ditulis sebagai 0/1. Manakala yang terakhir free structure ditulis terus 16bit.

Ketika berlaku proses pada sensors, source address adalah individual address dan destination address adalah group address. Kebiasaannya sensors hanya boleh dihubungkan kepada satu group address sahaja kecuali sensors yang mempunyai multiple operation. Manakala actuators boleh dihubungkan kepada lebih daripada satu group address.

Software yang digunakan bagi configure dan programming KNX based home and building automation adalah software ETS. Pada ketika ini versi digunakan adalah ETS6. Contoh paparan software ETS6 adalah seperti di bawah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *