Apa Itu Microcontroller?

Tahu tak apa itu microcontroller? Bagi student atau bekas student engineering, mungkin tahu benda ni. Adakah ia seperti biskut kering? Tidak, benda ini sangatlah penting dalam sistem teknologi sekarang. Cewah, macam expert pulak. Nak ajar budak sekolah tadika boleh la.

Sebenarnya microcontroller dalam bahasa mudahnya adalah IC yang boleh diprogramkan. Apa pula IC ni, Identity Card ke? Bukanlah. Identity Card kan sudah dikenali sebagai MyKad. IC iaitu Integrated Circuit, ala komponen warna hitam yang banyak kaki tu.

Microcontroller ini seperti komputer kecil yang mempunyai CPU, RAM, ROM, input/output port dan serial communication interface. Terdapat banyak microcontroller di pasaran seperti ARM, Atmel, Freescale, PIC, Rabbit2000 dan sebagainya. Bagi memprogram IC ini, dilakukan oleh programmer menggunakan bahasa komputer lah kan. Contohnya assembly language atau C language.

Kelebihan microcontroller ini menjadikan system design dalam elektrik menjadi lebih kecil (hardware) kerana telah digabungkan dengan system software. Dengan gabungan software juga menjadikan system lebih cekap atau pandai iaitu Artificial Intelligence (AI).

Saya biasanya menggunakan microcontroller PIC yang biasanya dikenali Peripheral Interface Controller. Saya baru mempunyai pengalaman PIC selama 2 tahun. Masih banyak yang perlu dipelajari. Belum cukup lagi pengalaman 20 tahun. Lastly nak cakap, Giler Canggih microcontroller ni. Nanti boleh buat automation system, buat robot dan buat traffic light. Kalau tak nak, nak buat bodo pun boleh. Hehe

Post ini telah menerima 1,005 views sejak dikeluarkan pada 6:13 PM, Friday, 29th May 2009
Category: Pengetahuan Am Tags: ,
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda. Masukkan e-mail anda dan klik subcribe


Anda mungkin belum baca post ini

10 komen untuk Apa Itu Microcontroller?

  1. Komen dari Rock pada 5:18 PM, 30th May 2009

    Best gak blog camni. Tulis pasal elektronik secara sempoi. Teruskan menulis informasi camni agar melahirkan ramai anak Melayu yang minat bab-bab teknologi.

  2. Komen dari adol pada 1:14 AM, 9th June 2009

    apa yang aku belaja majoriti atau semua teknologi sekrg gunakan ic.. merupakan component paling penting dalam teknologi sekrang…

  3. Komen dari pengajar pic pada 3:34 PM, 9th August 2009

    laman web yang bagus…..
    rasa bangga ble sy baca…cos from anak melayu

  4. Komen dari mantra pada 4:25 PM, 5th September 2009

    Salam,

    Thanks for da Info. Microcontroller ni kalau expert, senang je ape-ape projek engineering boleh jalan :)

  5. Komen dari Shahrul pada 11:11 PM, 5th September 2009

    mantra, betul tu. Microcontroller ni byk kelebihan. Nk belajar, kene tahu programming je.

  6. Komen dari mantra pada 11:23 PM, 5th September 2009

    Yup. Lagi-lagi bila buat Final project or enginering team project. Sekarang sy ondaway buat Engineering team project. Budak EE tak boleh pulak program PIC. Tapi tak salahkan diorang jugak sebab subject Microcontroller diorang belajar time FINAL YEAR. Terima jelah…

  7. Komen dari Shahrul pada 11:32 PM, 5th September 2009

    Belajar dlm kelas sj mmg x cukup. Aku pun x de belajar microcontroller secara formal. Semua explore sendiri selama buat robocon tu. Yang penting minat je.

  8. Komen dari Azmi pada 12:33 PM, 15th October 2009

    Ada cadangan nak cuba Arduino?

  9. Komen dari Shahrul pada 1:01 PM, 15th October 2009

    Azmi, aku dh lawat blog bro psl Arduino. Controller baru yg aku tahu. Tp skg byk lg benda yg nk explore, nk cuba Arduino bergantung pd kesempatan lah.

  10. Komen dari Kimizo pada 7:59 PM, 16th January 2010

    aku memang minat PIC
    sebab apa? sebab aku ajar bab ni
    kat universiti
    :-)
    marilah kita belajar pic microcontroller

Dah baca, tinggalkan komen anda disini