Apa Itu Microcontroller?

Tahu tak apa itu microcontroller? Bagi student atau bekas student engineering, mungkin tahu benda ni. Adakah ia seperti biskut kering? Tidak, benda ini sangatlah penting dalam sistem teknologi sekarang. Cewah, macam expert pulak. Nak ajar budak sekolah tadika boleh la.

Sebenarnya microcontroller dalam bahasa mudahnya adalah IC yang boleh diprogramkan. Apa pula IC ni, Identity Card ke? Bukanlah. Identity Card kan sudah dikenali sebagai MyKad. IC iaitu Integrated Circuit, ala komponen warna hitam yang banyak kaki tu.

Microcontroller ini seperti komputer kecil yang mempunyai CPU, RAM, ROM, input/output port dan serial communication interface. Terdapat banyak microcontroller di pasaran seperti ARM, Atmel, Freescale, PIC, Rabbit2000 dan sebagainya. Bagi memprogram IC ini, dilakukan oleh programmer menggunakan bahasa komputer lah kan. Contohnya assembly language atau C language.

Kelebihan microcontroller ini menjadikan system design dalam elektrik menjadi lebih kecil (hardware) kerana telah digabungkan dengan system software. Dengan gabungan software juga menjadikan system lebih cekap atau pandai iaitu Artificial Intelligence (AI).

Saya biasanya menggunakan microcontroller PIC yang biasanya dikenali Peripheral Interface Controller. Saya baru mempunyai pengalaman PIC selama 2 tahun. Masih banyak yang perlu dipelajari. Belum cukup lagi pengalaman 20 tahun. Lastly nak cakap, Giler Canggih microcontroller ni. Nanti boleh buat automation system, buat robot dan buat traffic light. Kalau tak nak, nak buat bodo pun boleh. Hehe

22 Replies to “Apa Itu Microcontroller?”

  1. salam..nk tnya..bole bg x programming dye untuk water level..pening la pk.bg yg simple2 je…arap bole la tlg..huhu

  2. Salam .
    Ada tak idea projek guna microcontroller???
    Yang dapat membantu manusia sekarang …
    Binggung la cari projek dengan inovasi sekarang ~

Leave a Reply to Afiq Akmal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.