Tahu tak apa itu microcontroller? Bagi student atau bekas student engineering, mungkin tahu benda ni. Adakah ia seperti biskut kering? Tidak, benda ini sangatlah penting dalam sistem teknologi sekarang. Cewah, macam expert pulak. Nak ajar budak sekolah tadika boleh la.
Sebenarnya microcontroller dalam bahasa mudahnya adalah IC yang boleh diprogramkan. Apa pula IC ni, Identity Card ke? Bukanlah. Identity Card kan sudah dikenali sebagai MyKad. IC iaitu Integrated Circuit, ala komponen warna hitam yang banyak kaki tu.
Microcontroller ini seperti komputer kecil yang mempunyai CPU, RAM, ROM, input/output port dan serial communication interface. Terdapat banyak microcontroller di pasaran seperti ARM, Atmel, Freescale, PIC, Rabbit2000 dan sebagainya. Bagi memprogram IC ini, dilakukan oleh programmer menggunakan bahasa komputer lah kan. Contohnya assembly language atau C language.
Kelebihan microcontroller ini menjadikan system design dalam elektrik menjadi lebih kecil (hardware) kerana telah digabungkan dengan system software. Dengan gabungan software juga menjadikan system lebih cekap atau pandai iaitu Artificial Intelligence (AI).
Saya biasanya menggunakan microcontroller PIC yang biasanya dikenali Peripheral Interface Controller. Saya baru mempunyai pengalaman PIC selama 2 tahun. Masih banyak yang perlu dipelajari. Belum cukup lagi pengalaman 20 tahun. Lastly nak cakap, Giler Canggih microcontroller ni. Nanti boleh buat automation system, buat robot dan buat traffic light. Kalau tak nak, nak buat bodo pun boleh. Hehe
22 responses to “Apa Itu Microcontroller?”
Best gak blog camni. Tulis pasal elektronik secara sempoi. Teruskan menulis informasi camni agar melahirkan ramai anak Melayu yang minat bab-bab teknologi.
apa yang aku belaja majoriti atau semua teknologi sekrg gunakan ic.. merupakan component paling penting dalam teknologi sekrang…
laman web yang bagus…..
rasa bangga ble sy baca…cos from anak melayu
Salam,
Thanks for da Info. Microcontroller ni kalau expert, senang je ape-ape projek engineering boleh jalan 🙂
Betul tu. Microcontroller ni byk kelebihan. Nk belajar, kene tahu programming je.
Yup. Lagi-lagi bila buat Final project or enginering team project. Sekarang sy ondaway buat Engineering team project. Budak EE tak boleh pulak program PIC. Tapi tak salahkan diorang jugak sebab subject Microcontroller diorang belajar time FINAL YEAR. Terima jelah…
Belajar dlm kelas sj mmg x cukup. Aku pun x de belajar microcontroller secara formal. Semua explore sendiri selama buat robocon tu. Yang penting minat je.
Ada cadangan nak cuba Arduino?
Saya dh lawat blog bro psl Arduino. Controller baru yg saya tahu. Tp skg byk lg benda yg nk explore, nk cuba Arduino bergantung pd kesempatan lah.
aku memang minat PIC
sebab apa? sebab aku ajar bab ni
kat universiti
🙂
marilah kita belajar pic microcontroller
BLOG YANG MENARIK.. BEST LA KORANG BELAJAR SECARA FORMAL TTG TEKNOLOGI INI..KALAU CAM AKU NI BELAJAR GUNA GOOGLE JE..:(
Salam.
Tahniah sdra. Saya tumpang bangga dan gembira usaaha sdra.
Moga keikhlasan sdra berkongsi ilmu elektronik ni dapat rahmat dan pahala drpd Allah SWT.
Ilmu maju seperti ini dapat berkembang cepat jika kita semua guna bahasa Melayu !
Bahasa Melayu sebenarnya mampu bicara hal sains, teknologi dan kejuruteraan tinggi…
Syabas sdara. Nanti ada masa sy jumpa dan kita bicara panjang…
Amin.
Terima kasih kerana melawat blog.
ada x idea projek guna microcontroller.
Boleh tgk kat pic project.
Salam .
Ada tak idea projek guna microcontroller???
Yang dapat membantu manusia sekarang …
Binggung la cari projek dengan inovasi sekarang ~
ws, projek inovasi mmg susah nak hasilkan. Kadang2 idea datang secara tak sengaja.
saya sebenarnya nak belajar pic program ni.. ada kursus kat mna2 nak belajar ni?
nizam, belajar kat blog ni boleh. Saya pun x de belajar secara formal, belajar dengan internet je.
salam..nk tnya..bole bg x programming dye untuk water level..pening la pk.bg yg simple2 je…arap bole la tlg..huhu
w/salam, marzhiah. Nak buat programming kena byr.
info yang sangat berguna.