Apa Itu Microcontroller?

Tahu tak apa itu microcontroller? Bagi student atau bekas student engineering, mungkin tahu benda ni. Adakah ia seperti biskut kering? Tidak, benda ini sangatlah penting dalam sistem teknologi sekarang. Cewah, macam expert pulak. Nak ajar budak sekolah tadika boleh la.

Sebenarnya microcontroller dalam bahasa mudahnya adalah IC yang boleh diprogramkan. Apa pula IC ni, Identity Card ke? Bukanlah. Identity Card kan sudah dikenali sebagai MyKad. IC iaitu Integrated Circuit, ala komponen warna hitam yang banyak kaki tu.

Microcontroller ini seperti komputer kecil yang mempunyai CPU, RAM, ROM, input/output port dan serial communication interface. Terdapat banyak microcontroller di pasaran seperti ARM, Atmel, Freescale, PIC, Rabbit2000 dan sebagainya. Bagi memprogram IC ini, dilakukan oleh programmer menggunakan bahasa komputer lah kan. Contohnya assembly language atau C language.

Kelebihan microcontroller ini menjadikan system design dalam elektrik menjadi lebih kecil (hardware) kerana telah digabungkan dengan system software. Dengan gabungan software juga menjadikan system lebih cekap atau pandai iaitu Artificial Intelligence (AI).

Saya biasanya menggunakan microcontroller PIC yang biasanya dikenali Peripheral Interface Controller. Saya baru mempunyai pengalaman PIC selama 2 tahun. Masih banyak yang perlu dipelajari. Belum cukup lagi pengalaman 20 tahun. Lastly nak cakap, Giler Canggih microcontroller ni. Nanti boleh buat automation system, buat robot dan buat traffic light. Kalau tak nak, nak buat bodo pun boleh. Hehe

22 Replies to “Apa Itu Microcontroller?”

  1. Salam.

    Tahniah sdra. Saya tumpang bangga dan gembira usaaha sdra.

    Moga keikhlasan sdra berkongsi ilmu elektronik ni dapat rahmat dan pahala drpd Allah SWT.

    Ilmu maju seperti ini dapat berkembang cepat jika kita semua guna bahasa Melayu !

    Bahasa Melayu sebenarnya mampu bicara hal sains, teknologi dan kejuruteraan tinggi…

    Syabas sdara. Nanti ada masa sy jumpa dan kita bicara panjang…

    Amin.

  2. BLOG YANG MENARIK.. BEST LA KORANG BELAJAR SECARA FORMAL TTG TEKNOLOGI INI..KALAU CAM AKU NI BELAJAR GUNA GOOGLE JE..:(

    1. Saya dh lawat blog bro psl Arduino. Controller baru yg saya tahu. Tp skg byk lg benda yg nk explore, nk cuba Arduino bergantung pd kesempatan lah.

  3. Yup. Lagi-lagi bila buat Final project or enginering team project. Sekarang sy ondaway buat Engineering team project. Budak EE tak boleh pulak program PIC. Tapi tak salahkan diorang jugak sebab subject Microcontroller diorang belajar time FINAL YEAR. Terima jelah…

    1. Belajar dlm kelas sj mmg x cukup. Aku pun x de belajar microcontroller secara formal. Semua explore sendiri selama buat robocon tu. Yang penting minat je.

  4. apa yang aku belaja majoriti atau semua teknologi sekrg gunakan ic.. merupakan component paling penting dalam teknologi sekrang…

  5. Best gak blog camni. Tulis pasal elektronik secara sempoi. Teruskan menulis informasi camni agar melahirkan ramai anak Melayu yang minat bab-bab teknologi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.