Apa Itu PIC?

Tahu tak PIC? PIC adalah microcontroller yang di keluaran oleh Microchip Technology. PIC ni popular kerana harganya murah. Anda boleh gunakan assembly language atau C language untuk memprogram PIC. Menggunakan assembly language membolehkan programmer mengarahkan apa yang processor buat dengan lebih tepat. Oleh itu, programnya lebih pantas dan padat. Penggunaan memory dalam PIC juga adalah kurang berbanding jika menggunakan C language. Menggunakan C language pula, memerlukan anda menggunakan C compiler. Bagi PIC, kiranya telah wujud banyak compiler. Menggunakan C language juga adalah lebih mudah di fahami berbanding assembly language.

Ketika mula-mula saya belajar PIC menggunakan assembly language. Saya menggunakan software MPLab untuk membuat programming. Pada ketika itu, saya belum menjumpai compiler yang boleh di gunakan untuk PIC. Kemudian sejak keluarnya MPLab version 8.20, telah tersedia dengan Hi-Tech Compiler. Kini saya selesa menggunakan C programming dengan Hi-Tech compiler ini.

Saya biasa menggunakan PIC16F876A dan PIC16F877A. Anda boleh download datasheet PIC16F87XA di sini. Antara features yang ada pada PIC ini adalah I/O Ports, Timer, Pulse Width Modulation (PWM) Module, Master Synchronous Serial Port (MSSP) Module, Addressable Universal Synchronous Asynchronous Receiver Transmitter (USART), Analog-to-Digital Converter (ADC) Module dan Comparator Module. Untuk basic schematic untuk PIC16F877A adalah seperti di bawah.


Post ini telah menerima 6,963 views sejak dikeluarkan pada 7:09 PM, Sunday, 31st May 2009
Category: Pengetahuan Am Tags:
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda.
Masukkan e-mail anda dan klik subcribe.

Anda mungkin belum baca post ini

28 komen untuk Apa Itu PIC?

Pages: [3] 2 1 » Show All

  1. 28. Komen dari Shahrul pada 11:12 AM, 2nd December 2011

    ws, saya menggunakan software Altium Designer (Protel). Program PIC x boleh compile dgn microcontroller lain.

  2. 27. Komen dari nurul pada 10:48 AM, 2nd December 2011

    salam,

    en shahrul boleh sya tahu untuk design circut diatas kita guna software ape?

    sya baru nak belajar mengenai pic dan lagi satu program disini boleh compile guna software microcontroller 8051?

  3. 26. Komen dari Shahrul pada 10:53 PM, 19th June 2011

    ws Khai. Baru nak bermula, beli komponen untuk buat litar asas PIC diatas ataupun beli board PIC Starter Kit.

  4. 25. Komen dari Khai pada 3:00 AM, 19th June 2011

    Salam Shahrul,

    Saya baru hendak bermula dalam bidang PIC ini. Bolehkah anda beritahu saya apa saya perlu beli?

    Terima Kasih

  5. 24. Komen dari Shahrul pada 12:37 AM, 31st May 2011

    yahya, Hi-Tech adalah compiler percuma di htsoft.com

  6. 23. Komen dari yahya pada 8:49 PM, 30th May 2011

    saya tak beberapa jelas pasal Hi – Tech compiler t/kaseh. En.Shahrulnizam.

  7. 22. Komen dari Shahrul pada 8:16 PM, 23rd May 2011

    Ikwan, saya pun x pasti. Kena rujuk Pakar Bahasa ataupun Dewan Bahasa. Saya orang teknikal bukan orang sastera.

  8. 21. Komen dari ikwan pada 7:57 PM, 23rd May 2011

    nk tnye, ap beze “kejuruteraan” . . dan “teknologi kejuruteraan” ??

Pages: [3] 2 1 » Show All

Dah baca, tinggalkan komen anda disini