App Setel – Pembayaran Petrol
Percubaan menggunakan aplikasi smartphone dinamakan Setel. Aplikasi Setel digunakan bagi membuat pembayaran petrol di stesen minyak Petronas.
Pembayaran melalui aplikasi ini menggunakan E-wallet. Aplikasi ini telah dipautkan dengan kad kredit atau debit serta kad Mesra Petronas.
Pembayaran petrol di stesen minyak hanya boleh dilakukan ketika berada di lokasi stesen minyak tersebut. Bagi keselamatan penggunaan smartphone di stesen minyak, dinasihatkan aplikasi hanya digunakan ketika berada di dalam kenderaan.
Langkah-langkah membeli petrol sangat mudah. Pertama memilih nombor pam, kedua memilih nilai petrol atau mengisi secara penuh tangki, ketiga memasukkan nombor pin persendirian yang telah ditetapkan.
Selepas berjaya pam diaktifkan, pengguna boleh keluar daripada kenderaan bagi memulakan pengisian petrol. Apabila selesai, aplikasi memberikan jumlah nilai yang telah dibeli dan jumlah poin Mesra yang diperolehi.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi Setel ini, boleh layari di www.setel.my
Leave a Reply