App Touch N Go – Pembayaran Tol

July 2nd, 2019  Posted at   Peribadi
arrow   |   No Commentsarrow

Percubaan menggunakan aplikasi smartphone dinamakan Touch ‘n Go eWallet. Aplikasi Touch ‘n Go eWallet digunakan bagi membuat pembayaran tol.

Pembayaran melalui aplikasi ini menggunakan E-wallet. Aplikasi ini telah dipautkan dengan kad TNG dan stiker RFID.

Pembayaran tol di lebuh raya tidak dimestikan membawa smartphone. Cara membayar tol terus daripada eWallet adalah melalui:-

  1. Kad Touch N Go melalui fungsi PayDirect.
  2. Alat SmartTag melalui fungsi PayDirect.
  3. Stiker RFID melalui fungsi RFID.

Terdapat dua nilai baki iaitu nilai baki di dalam kad TNG dan nilai eWallet. Buat masa ini, kedua-dua baki tersebut adalah berasingan, tidak boleh dipindahkan dan tidak boleh digabungkan. Nilai kad TNG masih diperlukan di tol yang tidak mempunyai fungsi PayDirect.

Transaksi penggunaan eWallet akan dikemaskini serta merta namun transaksi penggunaan kad TNG dikemaskini beberapa jam selepas digunakan. Pada peringkat awal, pengguna boleh memperolehi rebet atau diskaun sebanyak 20% bagi pembayaran tol melalui Touch ‘n Go eWallet.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi Touch ‘n Go eWallet ini, boleh layari di tngdigital.com.my

Leave a Reply

What is 5 + 7 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)