Assembly Language vs C Language


Apakah perbezaan Assembly Language dan C Language? Saya juga tidak mempunyai jawapan yang tepat, tetapi saya pernah menggunakan Assembly Language dan C Language. Sekarang saya hanya menggunakan C Language setelah menggunakan Assembly Language pada tahun 2006-2008. Bagi saya, C Language lebih mudah kerana programming nya lebih ringkas. Di bawah adalah contoh program C yang di gunakan dalam PIC.

Assembly language adalah low-level language, oleh itu C language lebih mudah di fahami oleh manusia. Assembly language lebih hampir kepada machine language manakala C language lebih hampir kepada human language. Assembly language mula di perkenalkan pada 1950-an. C language pula di perkenalkan pada tahun 1972. Di dalam software MPLab, apabila compile programming C, ia akan menghasilkan ‘disassembly listing’. Jadi, inilah rupa assembly language. Assembly language menggunakan command yang lebih sukar di fahami dan programnya lebih panjang. Di bawah adalah contoh assembly language, program yang terhasil daripada program C di atas.

Program yang di tulis dalam bentuk assembly execute lebih laju berbanding C namun program dalam bentuk C lebih mudah di tulis dan kurang memeningkan kepala. Ini berdasarkan pengalaman sendiri ketika memprogram Robocon pada tahun 2007 dan 2008 menggunakan assembly language. Programnya sangat panjang, memeningkan kepala dan banyak task-task program yang ingin di hasilkan tidak di capai dengan baik.


12 responses to “Assembly Language vs C Language”

  1. I agree with Shahrul, c language is easier than assembly language. In my opinion, assembly language need to be learned but no need to practice with very detailed. Like Shahrul said, you will feel a waste of time with assembly language after you learned c language.

  2. Ohhh baru tahu perbezaan antara dua ini
    Sya masih lagi belajar tentang C language yang basic
    yang ada scanf printf semua tu
    Ada tak laman web yang ajar bende tu semua
    Kalau search kat google macam2 yang pelik2 punya jenis keluar ..
    Any suggestion?

  3. Aku dulu pun selalu pakai gak C untuk PIC, memang betul jauh lagi senang daripada Assembly. Aku pernah gak main-main wat mobile robot, memang sesuai lah pakai C sebab tak memerlukan algorithm yang complex sangat.

    Tetapi untuk case yang memerlukan jumlah memory yang besar guna C kadang-kadang tak sesuai. Ada sesetengah task menggunakan banyak space kalau pakai C, berbanding dengan pakai assembly. Bila kita guna assembly kita ada more control terhadap memory size.

    Kalau memory tak cukup, bukan setakat kos external memory yang kena tambah, saiz PCB pun mungkin bertambah maka kos PCB pun bertambah juga.

    Lagi satu, untuk tujuan pembelajaran aku suka belajar pakai assembly, sebab lagi senang faham architecture dalaman microcontroller/ microprocessor tersebut.

  4. Wow, nice explanation, i use assembler and I don’t know c for pic, i see that is very simple the proggraming. do you have a recommended tutorial to learn c for pic, and what software you reccomend me to use. Thank you.

    • NANA, microcontroller mempunyai central processing unit (CPU), memory dan programmable input/output manakala microprocessor hanya mempunyai CPU. PIC adalah salah satu microcontroller. Processor komputer adalah microprocessor kerana memerlukan external RAM dan ROM.

Leave a Reply to Shahrul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *