Cara-cara Topup Prabayar Handphone

Kini kebanyakan rakyat Malaysia pasti mempunyai handphone. Penggunaan handphone sangat penting untuk komunikasi atau juga kurang penting bagi sesetengah orang tetapi masih memiliki handphone. Terdapat berjuta-juta pengguna handphone yang sangat popular menggunakan prepaid berbanding postpaid. Oleh itu, begitu banyak syarikat telekomunikasi mengeluarkan prepaid dan mengedarkannya dengan pelbagai cara.

Antara cara-cara untuk menambah nilai prabayar handphone anda adalah

  1. Beli kad topup di kedai-kedai.
  2. Beli pin topup secara online.
  3. Auto Reload secara SMS melalui syarikat gateway.

Jika dahulu, sebelum penggunaan internet secara meluas, kita selalu membeli kad topup di kedai-kedai. Banyak tempat yang menjual kad topup seperti kedai handphone, kedai makan dan stesen minyak. Kemudian, topup secara online diperkenalkan. Bermakna kita tidak perlu keluar ke kedai tetapi boleh membeli topup di mana-mana sahaja asalkan terdapatnya talian internet.

Kebiasaanya membeli topup secara online menggunakan akaun bank. Oleh itu, hanya bank-bank sahaja yang menjual online topup. Pengedaran topup secara online menjimatkan kos syarikat telekomunikasi kerana tidak perlu lagi mengeluarkan kad-kad topup.

Kini, terdapat pula syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan topup sama ada secara online atau secara SMS. Syarikat seperti ini memiliki server gateway yang akan menambah nilai kredit handphone secara automatik. Antaranya adalah syarikat Momey Resources (SA0120818-A).

Momey Resources adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan peluang perniagaan topup prepaid secara SMS. Produk utamanya ialah flexireload (topup) prepaid, maxis, celcom, digi, umobile dan italk. Topup autoreload ialah satu sistem yang diprogramkan oleh sebuah syarikat melalui server 24jam yang berfungsi untuk menambah kredit telefon secara automatik.

Sebagai pengguna sistem, kita perlu menambah nilai ke akaun kita di syarikat terbabit terlebih dahulu. Tambah nilai ini boleh dilakukan secara online. Kemudian untuk membeli topup, kita hanya menghantar SMS kepada gateway syarikat dan gateway tersebut secara automatik akan topupkan handphone anda. Cara ini membolehkan anda topup handphone pada bila-bila masa selagi anda boleh menggunakan SMS berbanding anda memerlukan talian internet untuk topup secara online.

Syarikat gateway ini juga menjual topup dengan harga lebih murah kerana memberi peluang anda menjual topup kepada orang lain. Harga topupnya lebih murah antara 1%-5%. Oleh itu, sistem gateway ini boleh menjadi alternatif untuk anda topup handphone lebih mudah dan lebih murah. Anda boleh memiliki sistem ini di topupbiz.com.

Post ini telah menerima 456 views sejak dikeluarkan pada 11:26 AM, Monday, 14th December 2009
Category: Teknologi Tags: ,
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda. Masukkan e-mail anda dan klik subcribe


Anda mungkin belum baca post ini

1 komen untuk Cara-cara Topup Prabayar Handphone

  1. Komen dari mancai pada 1:27 AM, 20th December 2009

    aku pernah menten system gateway top-pup ni… yang pastinya ada pengguna yang menghantar sms ke no top-pup. Jenuh nak clearkan sms yang macam ni… akibatnya system hang atau down sekejap. Pada sesiapa jgn hantar sms pada no top-pup service kalau nak system sentiasa cemerlang…

Dah baca, tinggalkan komen anda disini