Cara Menggunakan Raspberry Pi 3
Raspberry Pi adalah development board yang beroperasi menggunakan Operating System (OS). Raspberry Pi 3B ini mula dikeluarkan pada tahun 2016. OS Raspberry Pi dimasukkan ke dalam SD Card. Minimum saiz SD Card adalah 4GB dan OS yang biasa dalam Raspberry Pi adalah Raspbian.
Langkah pertama adalah menyambungkan SD Card kepada laptop melalui SD Card Reader. Boleh menggunakan software SDFormatterv4 untuk mengosongkan atau format SD Card. Download image Raspbian Jessie with Pixel di https://www.raspberrypi.org/downloads/raspbian.
Langkah kedua adalah menggunakan software win32diskimager untuk memasukkan image Raspbian ke dalam SD Card. Langkah-langkah ini juga boleh rujuk di http://tutorial.cytron.com.my/2017/04/25/installing-raspbian-os-raspberry-pi-windows.
Langkah ketiga adalah memasukkan SD Card ke dalam Raspberry Pi. Bagi kali pertama, memerlukan sambungan HDMI Monitor, Internet LAN, USB Keyboard dan USB Mouse. Kemudian masukkan sambungan power. Selepas Raspberry Pi dihidupkan, perlu configure Raspbian.
Melalui Terminal, taip command
sudo raspi-config
Melalui raspi-config, boleh menukar Timezone, Interfacing Options, kemudian Enable kan SSH dan VNC. Bagi sambungan laptop ke Raspberry Pi melalui SSH dan VNC, perlu mengetahui IP address Raspberry Pi. Raspberry Pi 3 boleh melakukan sambungan internet melalui LAN ataupun WiFi.
Dua cara untuk mendapatkan IP address Raspberry Pi adalah melalui software Advanced IP Scanner (ipscan25) atau melalui command
ifconfig
Terdapat dua IP address iaitu IP LAN dan IP Wifi.
Langkah keempat, boleh melakukan sambungan SSH melalui software putty.
Langkah kelima, lakukan sambungan VNC. Sebelum itu, perlu memasukkan VNC server melalui command
sudo apt-get install realvnc-vnc-server realvnc-vnc-viewer
Selepas install, boleh menggunakan software VNC-Viewer.
Oleh itu, melalui SSH dan VNC, Raspberry Pi tidak lagi memerlukan HDMI Monitor, USB Keyboard dan USB Mouse untuk pembangunan coding atau aturcara.
Hi,
Can you please send me a communication email? I want to ask you some personal about a project.
Best regards,
Contact at http://shahrulnizam.com/about/