Cara Menggunakan Raspberry Pi 4

Raspberry Pi 4 ini mula dikeluarkan pada tahun 2019. Raspberry Pi OS pula mula dikeluarkan pada tahun 2020 menggantikan OS Raspbian. Raspberry Pi 4 dilengkapi dengan dua micro HDMI, empat USB, ethernet dan USB Type C.

Langkah pertama adalah menyambungkan SD Card kepada laptop melalui SD Card Reader. Boleh menggunakan software SD Card Formatter untuk mengosongkan atau format SD Card. Download image Raspberry Pi OS with desktop and recommended software di https://www.raspberrypi.org/downloads/raspbian.

Langkah kedua adalah menggunakan software win32diskimager untuk memasukkan image Raspberry Pi OS ke dalam SD Card. Pada permulaan, tidak terdapat sambungan wifi yang memerlukan penetapan SSID dan Password. Hasilkan file baru dengan nama file wpa_supplicant.conf dan taip content seperti di bawah.

Tukarkan YOURSSID dan YOURPASSWORD. Secara default, SSH adalah disable. SSH perlu di enable dengan menghasilkan file baru dengan nama ssh tanpa sebarang extension file. Kedua-dua file ini dimasukkan kedalam SD Card, kemudian SD Card dipasang pada Raspberry Pi.

Langkah ketiga, selepas Raspberry Pi dihidupkan, menggunakan software Advanced_IP_Scanner bagi mencari IP Address bagi Raspberry Pi. Setelah IP Address Raspberry Pi dikenalpasti, langkah keempat menggunakan putty bagi membuat sambungan melalui SSH.

Setelah memasuki SSH, melalui command ‘sudo raspi-config’, tukarkan setting

  • Localisation Options > Change Time Zone > Asia > Kuala Lumpur
  • Interfacing Options > VNC > Yes
  • Advanced Options > Resolution > DMT Mode 82 1920×1080 60Hz 16:9

Langkah kelima, selepas VNC enabled, menggunakan software VNC-Viewer bagi mengawal Raspberry Pi melalui VNC.

One Reply to “Cara Menggunakan Raspberry Pi 4”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.