Archive for the ‘Elektronik’ Category

May 10th, 2010  Posted at   Elektronik

RS485 adalah signal alternatif untuk RS232. RS485 adalah untuk perhubungan wayar yang panjang. Maksimum panjang wayar untuk RS232 adalah 15m sahaja manakala maksimum panjang wayar untuk RS485 adalah 1200m. Tambahan pula, dalam sistem RS485 boleh disambung banyak peralatan berbanding RS232 hanya boleh sambung dua peralatan. Ini kerana RS232 hanyalah komunikasi 1-to-1 iaitu komunikasi transmit dan receive antara dua peralatan sahaja.

schematic MAX485 2

(more…)

April 23rd, 2010  Posted at   Elektronik

ULN2803 adalah pakej lapan NPN Transistor di dalam satu chip yang mempunyai 18 pin. ULN2803 sesuai sebagai interface low logic voltage (TTL, CMOS dan PMOS/NMOS) dengan high logic voltage (lampu, relay dan sebagainya). Setiap pin keluarannya adalah open-collector dan bersambung free wheeling diode.

(more…)

April 19th, 2010  Posted at   Elektronik

Relay adalah sejenis suis, iaitu suis yang beroperasi daripada isyarat elektrik. Kebanyakan relay menggunakan electromagnet untuk mengubah suis atau contact relay. Terdapat dua jenis contact relay iaitu Normally Open (NO) dan Normally Close (NC).

(more…)

April 9th, 2010  Posted at   Elektronik

Transistor adalah komponen semiconductor, kebiasaannya digunakan untuk amplifier atau switch. Dalam projek microcontroller, transistor digunakan sebagai switch untuk menghidupkan komponen yang mempunyai arus yang lebih besar berbanding arus yang dapat dibekalkan oleh microcontroller. Ini kerana, microcontroller hanya dapat memberikan voltage 5V.

(more…)

December 23rd, 2009  Posted at   Elektronik

MAX232 adalah chip yang digunakan untuk menghubungkan antara isyarat RS232 dan UART. MAX232 mempunyai 16 pin dan menggunakan voltan 5V. Isyarat RS232 kebanyakannya terdapat pada komputer dan beberapa peralatan lain. Isyarat UART pula terdapat pada microcontroller atau IC (Integrated Circuit). Isyarat RS232 dan isyarat UART adalah hampir sama. Ia meliputi isyarat menghantar dan menerima (transmit and receive). Apa yang membezakan kedua-dua isyarat ini hanyalah voltage level.

(more…)