Archive for the ‘Peribadi’ Category

December 16th, 2010  Posted at   Peribadi
   |   5 Comments

Pada setiap penghujung tahun, pasti semua orang akan mencari kalender tahun baru. Banyak syarikat-syarikat dan kedai-kedai akan mengeluarkan kalender baru untuk pelanggannya. Cytron Technologies Sdn. Bhd. juga menghasilkan Kalender 2011 yang kreatif dan lain daripada yang lain untuk peminat-peminat elektronik. Kalender 2011 yang dicetak di atas PCB. Saya juga tidak ketinggalan untuk mendapatkannya.

(more…)

October 29th, 2010  Posted at   Peribadi
   |   1 Comment

Bersempena dengan hari ulangtahun Cytron yang ke-6, Cytron Technologies mengadakan Crazy Sale dimana  kebanyakan produk mendapat diskaun sebanyak 50%. Cytron Go Crazy Sale ini hanya untuk pembelian secara online dalam masa 24jam sahaja iaitu pada 29 Oktober 2010.

(more…)

September 23rd, 2010  Posted at   Peribadi
   |   5 Comments

Bulan ni bulan September kan, ada hari special. Dah jadi pelanggan Cytron Technologies, hari ini dapat birthday voucher. Di bawah ni adalah kandungan e-mail tersebut. Birthday terpaksa di tutup sebab rahsia daa dan Voucher Key pun kena tutup nanti korang curi nombor tu, hehe.

(more…)

June 28th, 2010  Posted at   Peribadi

Bagi peminat robot, pada 22 hingga 27 Jun 2010 telah berlangsungnya pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DEKTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Sebanyak 55 pasukan bertanding daripada beberapa buah universiti, kolej dan politeknik. Senarai pasukan adalah seperti di bawah.

(more…)

June 4th, 2009  Posted at   Peribadi

Di sini hanyalah projek-projek lama. Projek masa muda-muda, masa bergelar student dulu. Tak la lama sangat, sebab kenangan student tu masih belum setahun berlalu. Saya baru saja bekerja sebagai R&D Engineer selama 3 bulan. Selepas tamat belajar, sebelum bekerja pun sempat lagi pergi kursus Xilinx FPGA selama 2 bulan kendalian Symmid Corporation Sdn Bhd.

Kenangan projek yang tidak boleh lupa adalah ketika terlibat dengan pertandingan Robocon. Selama 3 tahun bersusah payah dengan Kelab Robot UiTM iaitu IRC. Saya terlibat pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Walaupun bersusah payah, tapi memang seronok buat projek robot sebab sudah minat dengan kerja-kerja engineering.

Sudah menjadi lumrah pelajar, kelab-kelab teknikal seperti ini tidak mendapat sambutan kerana tidak membabitkan akademik. Maklumlah, ketika buat projek ini perlu bersusah payah tanpa mendapat apa-apa elaun dan juga tiada tambahan kredit. Pelajar hanya belajar untuk cemerlang peperiksaan sahaja.

(more…)