PIC 40pin Starter Board
Kegunaan microcontroller semakin popular ketika ini. Ramai pelajar elektrik dan juga pereka elektronik menghasilkan projek-projek yang boleh diprogram bagi memudahkan dan menjimatkan kos hardware. Antara microcontroller yang biasa digunakan di Malaysia adalah PIC. Bagi peminat elektronik dan pelajar-pelajar elektronik sama ada yang baru menggunakan PIC atau yang berminat menggunakan PIC, litar asas PIC sangat penting. Di bawah adalah antara PIC starter board.

Pololu Beraksi, Robot Maze Solving
Pernahkah anda bermain maze solving? Permainan laluan yang bersimpang siur, kemudian anda mencari jalan keluar dari titik permulaan sehingga ke penghujungnya. Permainan ini dahulu dimainkan di atas sehelai kertas. Kini, tak mencabar la main atas kertas. Kita programkan robot untuk menyelesaikan maze. Antara robot yang dihasilkan jurutera bagi permainan maze solving adalah robot Pololu 3pi.

Pertandingan Paintball Robot
Bermain Paintball semestinya seronok. Namun bukan semua orang sudah merasai permainan Paintball termasuklah saya. Tetapi terdapat cara lain bermain Paintball secara kreatif dan juga seronok dengan bermain Paintball menggunakan robot. Buat pertama kali, Malaysia University Robot Competitions (MURoC) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan pertandingan robot yang dinamakan Paintball Robot. Selain itu, pertandingan lain adalah Fire Fighting Robot dan Rope Climbing Robot.


