RoboCup 2010 Singapura

RoboCup adalah pertandingan robot antarabangsa dimulakan sejak tahun 1997. Nampaknya RoboCup dimulakan lebih awal berbanding Robocon. Tujuan RoboCup adalah menghasilkan Robot Automatik Bola Sepak dengan mengembangkan pendidikan dan kajian dalam kebijaksanaan rekaan (AI – Artificial Intelligence).

Target pertandingan RoboCup adalah:-

Pada pertengahan abad 21, sebuah pasukan bola sepak humanoid robot akan memenangi pertandingan bola sepak sesuai dengan peraturan rasmi FIFA melawan pemenang rasmi Piala Dunia.

Pada tahun ini,  RoboCup akan diadakan di Singapura pada 19-25 Jun 2010 dan Piala Dunia FIFA yang berlangsung empat tahun sekali juga berlangsung tahun 2010 di Afrika Selatan.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 30th May 2010  |  1 Komen »

14 Tahun ASIMO Dihasilkan

ASIMO adalah sebuah humanoid robot yang dikeluarkan oleh Honda. ASIMO adalah singkatan bagi Advanced Steps  in Innovative Mobility. Ia berukuran 130cm tinggi dan berat 54kg. Cirinya yang sangat penting adalah sebuah robot yang boleh bergerak dengan menggunakan kaki seperti manusia. Kajian untuk membolehkan ASIMO berjalan sahaja mengambil masa bertahun-tahun sehinggalah terciptanya Walking Technology.

Walaupun kini pergerakan ASIMO dilihat seperti hiburan, tetapi pembangunan humanoid robot satu hari nanti pasti akan membantu kerja-kerja manusia. Sanggupkah anda mengupah ASIMO satu hari nanti bagi berkerja untuk anda? Mari kita lihat proses-proses awal perkembangan ASIMO.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 11th January 2010  |  10 Komen »

Cara-cara Topup Prabayar Handphone

Kini kebanyakan rakyat Malaysia pasti mempunyai handphone. Penggunaan handphone sangat penting untuk komunikasi atau juga kurang penting bagi sesetengah orang tetapi masih memiliki handphone. Terdapat berjuta-juta pengguna handphone yang sangat popular menggunakan prepaid berbanding postpaid. Oleh itu, begitu banyak syarikat telekomunikasi mengeluarkan prepaid dan mengedarkannya dengan pelbagai cara.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 14th December 2009  |  1 Komen »

Terrafugia, Kereta Terbang

Keinginan manusia untuk terbang sudah wujud sejak dulu lagi. Setelah wujudnya kapal terbang, keinginan manusia untuk terbang telah direalisasikan. Namun kegunaan kapal terbang adalah untuk perjalanan yang jauh dan kapal terbang juga bukanlah milik persendirian. Jadi, masih ramai yang belum berkesempatan menaiki kapal terbang. Begitu juga saya. Mungkinkah akan datang, kita boleh membawa kenderaan sendiri untuk terbang pada bila-bila masa sahaja?

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 23rd October 2009  |  4 Komen »

Jangan Tertipu, Selaput Dara Tiruan

Isu keperawanan wanita selalu berhubung kait dengan selaput dara. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama. Sedangkan ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat nipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 13th October 2009  |  14 Komen »