Pertandingan Robocon

Robocon adalah satu pertandingan robot di kalangan pelajar universiti, kolej dan politeknik di dalam rantau Asia-Pasifik. Pertandingan ini di mulakan pada tahun 2002 dan di anjurkan oleh Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).

Tujuan pertandingan ini untuk mengeratkan persahabatan di kalangan golongan muda yang mempunyai minat sama dan bakal memimpin di abad 21. Robocon di adakan setiap tahun dengan beberapa negara ahli ABU di pilih untuk menjadi tuan rumah. Setiap kali Robocon, terdapat tema tersendiri yang di pilih oleh tuan rumah.

Pertandingan-pertandingan Robocon yang lepas.

Tahun Tuan Rumah Tema
2002 Tokyo, Jepun Reach for the Top of Mt. Fuji
2003 Bangkok, Thailand Takraw Space Conqueror
2004 Seoul, Korea Selatan Reunion of Separated Lovers, Gyeonwoo & Jiknyeo
2005 Beijing, China Climb on the Great Wall Light the Holy Fire
2006 Kuala Lumpur, Malaysia Building the World’s Tallest Twin Tower
2007 Hanoi, Vietnam Halong Bay Discovery
2008 Pune, India Touch the Sky
2009 Tokyo, Jepun Travel Together for the Victory Drums
2010 Cairo, Egypt Robo-Pharaohs built pyramids
2011 Bangkok, Thailand Loy Krathong, Lightning Happiness with friendship

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 1st June 2011  |  13 Komen »

Robocon 2011 Malaysia Kembali Lagi

Robocon 2011 Peringkat Malaysia akan di adakan pada 13 hingga 18 Jun 2011 di Stadium Tertutup Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Berbeza tahun lepas, Robocon 2010 di DECTAR, UKM.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 2nd May 2011  |  2 Komen »

Tic Tac Toe Games

Pernahkah anda bermain Tic Tac Toe? Permainan yang dimainkan di atas grid 3X3 oleh dua orang pemain. Seorang pemain akan menandakan ‘X’ manakala seorang lagi akan menandakan ‘O’. Targetnya adalah mendapatkan satu barisan ‘X’ atau ‘O’. Kalau permainan Tic Tac Toe dalam bentuk elektronik, ia dibezakan dengan dua warna.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 29th April 2011  |  4 Komen »

Maple: Curve Fitting

Curve Fitting adalah cara mendapatkan persamaan matematik daripada data-data. Data-data contohnya diperolehi melalui  eksperimen dan data tersebut perlu ditukarkan kepada persamaan. Oleh itu, dengan menggunakan software Maple, mendapatkan persamaan sangat mudah. Contohnya data-data daripada current sensor di bawah perlu mencari persamaan matematiknya.

Current In (A) Voltage Out (V)
-3.00 1.95
-2.50 2.17
-2.00 2.18
-1.50 2.34
-1.00 2.42
-0.50 2.49
0.00 2.50
0.50 2.57
1.00 2.65
1.50 2.80
2.00 2.84
2.50 3.05
3.00 3.08

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 13th April 2011  |  2 Komen »