Pernahkah anda ketahui pertandingan robot tahunan peringkat Malaysia yang dinamakan Robocon ini? Pertandingan Robocon diadakan bermula pada tahun 2002. Pertandingan ini dapat mengasah bakat dan kreativiti pelajar-pelajar kejuruteraan sama ada dari universiti, kolej atau politeknik. Pengalaman mencipta dan menghasilkan robot adalah pengetahuan di luar batasan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, pelajar adalah sangat bagus untuk menyertai pertandingan seperti ini.



