Archive for the ‘Umum’ Category

January 6th, 2010  Posted at   Umum

Bermain Paintball semestinya seronok. Namun bukan semua orang sudah merasai permainan Paintball termasuklah saya. Tetapi terdapat cara lain bermain Paintball secara kreatif dan juga seronok dengan bermain Paintball menggunakan robot. Buat pertama kali, Malaysia University Robot Competitions (MURoC) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan pertandingan robot yang dinamakan Paintball Robot. Selain itu, pertandingan lain adalah Fire Fighting Robot dan Rope Climbing Robot.

(more…)

October 2nd, 2009  Posted at   Umum

PCB adalah singkatan bagi Printed Circuit Board. PCB digunakan untuk menghasilkan satu projek elektrik dengan kemas. Berbanding menggunakan Strip Board atau Breadboard/Protoboard. Apabila membuat design dengan PCB, kedudukan komponen diatasnya lebih kemas dan tersusun. Dengan kedudukan komponen yang teratur, saiz PCB boleh menjadi lebih kecil dan juga projek elektrik anda lebih baik.

Design PCB adalah satu kemahiran yang harus diketahui oleh engineer elektrik. Software yang saya gunakan untuk design PCB ini adalah Protel DXP 2004. Ia amat mudah digunakan dan friendly user. Ia boleh digunakan untuk membuat design single layer ataupun lebih. Kebiasaanya hanya single layer dan double layer yang digunakan.

(more…)

July 14th, 2009  Posted at   Umum

Anda sukakan teknologi? Sedar atau tidak sedar, segala keperluan manusia hari ini adalah hasil daripada teknologi. Apa yang kita miliki seperti rumah, kereta, handphone dan sebagainya adalah hasil pembangunan kejuruteraan.

Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kejuruteraan menggabungkan pengetahuan, matematik, dan pengalaman untuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses. Pengamal kejuruteraan profesional dipanggil jurutera.

Mari kita lihat tugas-tugas jurutera dalam bidang masing-masing.

Kejuruteraan elektrik merupakan satu bidang kejuruteraan yang mengkaji dan menggunakan ilmu elektrik, elektronik dan keelektromagnetan.

(more…)

June 22nd, 2009  Posted at   Umum

MPLab adalah software yang digunakan untuk membuat programming dan download program kepada PIC. MPLab boleh digunakan bagi Assembly Language dan C Language.

Dari segi hardware pula, saya menggunakan USB Programmer dari Cytron.  Ia compatible dengan Programmer PICkit2.

Sebelum membuat program, anda juga perlu memilih compiler yang sesuai. Bagi MBLab v8.20, telah tersedia HI-TECH ANSI C Compiler untuk support C Language. Compiler ini diperlukan untuk menukarkan C Language kepada file .hex. File .hex ini yang akan di download ke dalam PIC.

Saya telah menyediakan step-by-step cara menggunakan MPLAB v8.20 ini dalam bentuk PowerPoint.

(more…)

June 10th, 2009  Posted at   Umum

Projek smart car ini adalah untuk pertandingan perlumbaan kereta elektrik yang di anjurkan oleh IEEE dan Freescale Malaysia pada Disember 2008. Ini adalah projek saya yang terakhir ketika di universiti. Smart car ini direka untuk bergerak secara automatik dan mengikut garisan yang berwarna hitam.

Smart car ini menggunakan microcontroller daripada Freescale. Microcontroller ini di berikan percuma oleh Freescale. Model microcontroller ini adalah MC9S12DG128. Pertandingan ini selain memberi peluang pelajar mengaplikasikan kemahiran, malah juga memberi peluang Freescale menguji produk microcontroller mereka.

(more…)