Cytron Crazy Sale 2012

November 2nd, 2012  Posted at   Peribadi
arrow   |   No Commentsarrow

Tahun ketiga Cytron mengadakan Crazy Sale bersempena ulangtahun Cytron ke-8 di mana kebanyakan produk yang dijual secara online di Cytron mendapat diskaun 50%. Cytron Go Crazy Sale ini hanya untuk pembelian secara online dalam masa 24jam sahaja iaitu pada 2 November 2012.

Sebenarnya, saya tidak lagi teruja untuk menunggu tengah malam dan berebut membeli. Bangun waktu pagi, baru buka laman web cytron, lihat apa produk yang ada. Saya membeli secara online di Cytron sejak tahun 2009 lagi. Antara barangan yang saya dapatkan adalah SKM53 GPS Starter Kit.

Barangan lain yang saya beli adalah BBFUINO. Kali pertama beli produk platform Arduino. SKPIC32 dan chipKIT Max32 yang sebelum ini pun masih ada lagi.

Mungkin ramai yang tidak dapat memiliki barang yang mereka mahukan kerana stok terhad. Namun ini sememangnya keputusan ‘gila’ Cytron Technologies Sdn Bhd berbanding pesaing-pesaingnya, menjual separuh harga kerana pelbagai barangan juga yang di jual separuh harga. Jualan murah ini, saya suka mencuba produk-produk baru. Terima kasih Cytron, semoga terus berjaya dalam bidang teknologi.

Leave a Reply

What is 8 + 7 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)