DC-to-DC Converter

DC-to-DC Converter adalah komponen yang menukarkan voltan DC kepada voltan DC berbeza nilai. Ianya terbahagi kepada dua iaitu step-down converter atau step-up converter. Step-down converter adalah untuk menurunkan voltan. Step-down DC-to-DC Converter paling mudah adalah voltage regulator. Gambar dibawah pula adalah step-up DC-to-DC Converter.

Step-up Converter berfungsi untuk menaikkan voltan. Contohnya ia menaikkan sebiji bateri yang nilai voltannya 1.5V kepada 5V untuk menghidupkan PIC. Komponen step-up converter agak sukar dicari  tidak seperti voltage regulator. Cara menggunakan DC-to-DC converter adalah seperti gambar di bawah.

Sebiji bateri AA dinaikkan voltan kepada 5V

Terdapat juga converter yang non-isolated dan isolated. Non-isolated converter adalah ground nya berkongsi dengan input dan output manakala isolated converter, ground untuk input berbeza dengan ground untuk output. Jenis-jenis converter lain adalah AC-to-AC Converter, AC-to-DC Converter dan DC-to-AC Converter.

21 Replies to “DC-to-DC Converter”

  1. salam , mengenai dc -dc stepup voltage , boleh tanya ? berapa minimum input voltage and current for max757 ni ye and berapa max output voltage and current , saye tgh buat project input nya sekitar 0.4v

  2. Assalamualikum Saya ada ic MAXIM MAX757 dc to dc step up converter. saya da sambung semua litar,tapi output voltage drop bila saya sambungkan pada load…

  3. Salam. boleh saya tahu berapa ampere output nya? saya berminat untuk membuat solar battery charger for handphone. solar panel saya hanya mengeluarkan 5v, 20mA sahaja. bolehkah dc to dc converter ini meningkatkan ampere dari 20mA ke 500mA?

    1. ws, nizam. Output dc-to-dc converter tersebut maksimum 100mA. dc-to-dc converter x boleh tingkatkan current. Bila voltage dah step-up, current mesti step-down.

  4. Agree..

    Jika design sendiri: Cabaran di bahagian “fast switching scheme” agak leceh..

    Jika nak try fabricate: Boleh cuba cari IC untuk DC-DC boost kemudian follow date-sheet.. tetapi fabrication agak leceh melainkan menggunakan CNC machine untuk fabrication (drill/routing)..

  5. boleh tanye x?? boleh tnye x?abg boleh buat projek DC-DC converter x daripada 12 V kepada 240 yg mgggunakan bipolar…tQ

  6. Assalamu’alaikum,
    Saya ni student yang tengah buat satu projek dan ada sikit soalan.
    Apa cara yg terbaik untuk “reduce”kan 20,000 V kepada 5V?
    Projek saya menggunakan PIC16F877A utk tujuan fuel injection control dan salah satunye input signal datang daripada magneto coil (lebih kurang 20000V)pada enjin motor.
    Mungkin ada sikit idea utk rendahkan voltage magneto tu?

    1. Luqman, Kalau nak baca voltage tinggi kene guna voltage transducer. Kalau voltage tersebut lebih rendah, boleh gunakan voltage divider saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.