Dunia Tanpa Jurutera

July 14th, 2009  Posted at   Umum

Anda sukakan teknologi? Sedar atau tidak sedar, segala keperluan manusia hari ini adalah hasil daripada teknologi. Apa yang kita miliki seperti rumah, kereta, handphone dan sebagainya adalah hasil pembangunan kejuruteraan.

Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kejuruteraan menggabungkan pengetahuan, matematik, dan pengalaman untuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses. Pengamal kejuruteraan profesional dipanggil jurutera.

Mari kita lihat tugas-tugas jurutera dalam bidang masing-masing.

Kejuruteraan elektrik merupakan satu bidang kejuruteraan yang mengkaji dan menggunakan ilmu elektrik, elektronik dan keelektromagnetan.

Kejuruteraan awam merupakan bidang kejuruteraan yang merangkumi aspek-aspek pembinaan dan pembangunan, sama ada dalam pembuatan jalan, bangunan, sistem perparitan, pengawalan banjir serta trafik dan lain-lain.

Kejuruteraan mekanikal adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan asas mekanikal. Ia merupakan penggunaan prinsip fizik untuk menganalisis, mencipta, membuat dan menyelenggara mesin dan barangan berguna. Ia memerlukan pemahaman kukuh konsep-konsep asas yang merangkumi mekanik, kinematik, termodinamik dan tenaga.

Jadi setiap jurutera ada tugas masing-masing dan cuba bayangkan dunia ini tiada jurutera seperti ilustrasi di bawah.


Dunia Tanpa Jurutera Awam

Dunia Tanpa Jurutera Telekomunikasi

Dunia Tanpa Jurutera Komputer

Dunia Tanpa Jurutera Elektronik

Dunia Tanpa Jurutera Mekanikal

Leave a Reply

What is 9 + 11 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)