Engineer vs Scientist

May 26th, 2009  Posted at   Pengetahuan Am

Apa, anda fikir engineer dengan scientist tu sama ke? Tak sama la. Ada beberapa versi jawapan untuk perbezaan engineer dan scientist ni. Jawapan versi tidak matang:

Engineer adalah engineer la, Scientist adalah scientist la”.

Jawapan versi lawak adalah:

“Engineer dan Scientist mempunyai sebutan yang berlainan. Perkataan Engineer bermula dengan huruf ‘E’ manakala perkataan Scientist bermula dengan huruf ‘S’.”

Jawapan di atas sememangnya betul. Tidak dapat disalahkan pun. Tetapi mesti hati anda rasa panas jika dapat jawapan seperti itu. Perbezaan diantara Engineer dan Scientist sebenarnya adalah seperti berikut:

Scientist adalah seorang yang mengumpul pelbagai maklumat, mencari pengetahuan dan mencipta teori baru bagi sesuatu perkara.

Engineer adalah seorang yang menggunakan pengetahuan dan teori untuk menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu produk.

Scientist juga boleh belajar dan mengkaji daripada produk-produk yang telah dihasilkan untuk mengetahui kelemahan dan mencari kaedah-kaedah baru di masa hadapan.

Engineer juga boleh melihat kaedah-kaedah baru dan lama untuk membandingkan dan mencapai peningkatan dalam penghasilan produk.

Contohnya: Scientist mengkaji teori litar elektrik dan gelombang radio manakala Engineer menggunakan teori ini untuk mencipta radio dan televisyen.

Anda mungkin belum baca post ini

  • Assembly Language vs C Language
  • Dunia Tanpa Jurutera
  • Anda Kenal Robot?

11 komen untuk Engineer vs Scientist

Pages: [2] 1 » Show All

  1. 11. Komen dari intan pada 5:38 PM, 2nd May 2012

    adakah org yang nk jadi engineer kene kreatif

Pages: [2] 1 » Show All

Dah baca, tinggalkan komen anda disini