ESP32 Lesson: Deep Sleep & Wake Up
Deep Sleep Mode adalah cara menjalankan ESP32 secara penggunaan tenaga yang sangat rendah. Ia sangat diperlukan sekiranya projek menggunakan bateri dan ingin memanjangkan tempoh hidup bateri.
Normal operasi ESP32 menggunakan 160mA – 260mA manakala ketika Deep Sleep menggunakan hanya 10uA. Ketika Deep Sleep, processor utama, RAM dan peripheral dimatikan. Hanya berfungsi ULP (Ultra Low Power) Coprocessor, RTC peripheral dan RTC memory.
Oleh itu, beberapa setting boleh disimpan di dalam RTC memory. Memory nya tidak hilang ketika Deep Sleep nanum hilang apabila butang reset di tekan. Ketika Deep Sleep, terdapat beberapa sumber untuk Wake Up iaitu Timer, pin RTC_GPIO atau pin TOUCH.
Berikut adalah contoh Deep Sleep serta Wake Up melalui Timer dan External Pin RTC_GPIO.
Leave a Reply