ESP32 Lesson: LILYGO LoRa32
LoRa adalah singkatan bagi Long Range. LoRa adalah teknologi wireless yang diperkenalkan oleh syarikat Semtech. Board LILYGO ESP32 LoRa32 ini sudah tersedia bagi OLED dan antenna LoRa. Ia boleh digunakan dengan frequency 433MHz, 868Mhz atau 915Mhz. Module LoRa lain seperti E32-TTL dan LoRa E95-DTU.
Antara parameter yang terdapat pada komunikasi LoRa ini adalah RSSI dan SNR. RSSI iaitu Received Signal Strength Indication adalah kuasa isyarat yang diterima dalam miliwatts dan diukur dalam unit dBm. Nilai RSSI antara -120dBm hingga 0 dBm. Nilai yang semakin besar dan menghampiri 0 dBm, menunjukkan isyarat yang lebih kuat. SNR iaitu Signal-to-Noise Ratio adalah perbezaan antara kuasa isyarat yang diterima dengan kuasa isyarat gangguan dan diukur dalam unit dB. Nilai SNR antara -20dB hingga +10dB. Nilai yang semakin besar dan menghampiri 10 dB, menunjukkan isyarat yang semakin kurang gangguan. Jika RSSI tinggi tapi SNR rendah bermakna kawasan tersebut mempunyai banyak gangguan atau bising. Jika SNR tinggi tapi RSSI rendah bermakna alatan berada terlalu jauh dengan gateway.
Berikut adalah video demo menghantar dan menerima data melalui LoRa.
Hi,
I am a student from spain, and i am doing my thesis with this microcontrolers,
I am having several problems wit the code, can you help me with this or share me the code to know how it works? than you very much
Source code not for free
Thanks cikgu, saya salah seorang murid yang cikgu pernah ajar.
Welcome
cikgu nak tanya, cripts yang cikgu guna tu kena guna adruino ya untuk push ke dalam LoRa?
Ya, code Arduino IDE