Ex Final Project

Di sini saya ingin berkongsi tentang final projek saya ketika degree. Degree saya ialah kejuruteraan elektrik major instrumentation. Tajuk final projek saya adalah ‘Photovoltaic Monitoring System Using Web Based System’.

Projek saya ketika itu dengan supervisor saya iaitu Prof Madya Dr. Ahmad Maliki dan co-supervisor saya iaitu Prof Madya Dr. Sulaiman Shaari. Dr. Maliki adalah otai dalam Power electronic dan Dr. Sulaiman adalah otai dalam Photovoltaic.

Scope projek adalah dari segi solar sistem design, memasang sistem solar, membuat sistem monitoring dan mengumpul data. Namun kebiasaannya secara praktikal, pemasangan sistem tidak mengikut pengiraan teori secara tepat. Sistem solar yang di pasang yang terdiri daripada sebilangan solar panel, sebilangan bateri dan juga alat-alat lain. Sebetulnya, ketika itu bilangan solar panel dan bilangan bateri hanya mengikut anggaran tanpa pengiraan yang tepat.

Tetapi tidak mengapalah. Ketika itu hanya memasang sistem solar yang kecil, membabitkan hanya empat solar panel dan dua biji bateri. Untuk memasang sistem solar yang lebih besar, tentu cabarannya lebih besar. Apa yang saya lakukan terhadap sistem solar itu adalah untuk memantau performance nya.

Pemantauan dilakukan dengan mengukur beberapa parameter seperti voltan dan arus solar, voltan dan arus bateri, voltan dan arus beban, irradiance, suhu solar panel dan suhu alam sekitar. Task yang di berikan adalah untukĀ  melihat dan mengumpul segala bacaannya melalui internet.

Melalui projek ini, saya telah menggunakan beberapa barangan seperti charge controller, sensor untuk voltan, sensor untuk arus dan data logger. Saya tidak ingin menerangkan secara mendalam tentang alat-alat dan term-term di atas lagi kerana memerlukan penerangan yang panjang. Mungkin saya akan menerangkannya pada masa akan datang. Bagi sesiapa yang berminat melihat tesis saya, bolehlah klik disini.


Post ini telah menerima 10,529 views sejak dikeluarkan pada 10:34 PM, Sunday, 7th June 2009
Category: Umum Tags:
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda.
Masukkan e-mail anda dan klik subcribe.

Anda mungkin belum baca post ini

33 komen untuk Ex Final Project

Pages: [4] 3 2 1 » Show All

  1. 33. Komen dari Shahrul pada 12:24 AM, 16th October 2011

    ws, jabar. Boleh baca dalam blog ini. Saya x de ajar secara personal.

  2. 32. Komen dari jabar pada 12:04 AM, 16th October 2011

    Salam, saya nak mintak tunjuk ajar dalam final project sy. Saya nak design universal digital clock yang boleh menunjukkan masa di setiap benua pada masa yg sama.

  3. 31. Komen dari Shahrul pada 9:56 PM, 26th September 2011

    Contact kat Tentang Saya.

Pages: [4] 3 2 1 » Show All

Dah baca, tinggalkan komen anda disini