Ex Final Project

June 7th, 2009  Posted at   Umum
arrow   |   45 Commentsarrow

Di sini saya ingin berkongsi tentang final projek saya ketika degree. Degree saya ialah kejuruteraan elektrik major instrumentation. Tajuk final projek saya adalah ‘Photovoltaic Monitoring System Using Web Based System’.

Projek saya ketika itu dengan supervisor saya iaitu Prof Madya Dr. Ahmad Maliki dan co-supervisor saya iaitu Prof Madya Dr. Sulaiman Shaari. Dr. Maliki adalah otai dalam Power electronic dan Dr. Sulaiman adalah otai dalam Photovoltaic.

Scope projek adalah dari segi solar sistem design, memasang sistem solar, membuat sistem monitoring dan mengumpul data. Namun kebiasaannya secara praktikal, pemasangan sistem tidak mengikut pengiraan teori secara tepat. Sistem solar yang di pasang yang terdiri daripada sebilangan solar panel, sebilangan bateri dan juga alat-alat lain. Sebetulnya, ketika itu bilangan solar panel dan bilangan bateri hanya mengikut anggaran tanpa pengiraan yang tepat.

Tetapi tidak mengapalah. Ketika itu hanya memasang sistem solar yang kecil, membabitkan hanya empat solar panel dan dua biji bateri. Untuk memasang sistem solar yang lebih besar, tentu cabarannya lebih besar. Apa yang saya lakukan terhadap sistem solar itu adalah untuk memantau performance nya.

Pemantauan dilakukan dengan mengukur beberapa parameter seperti voltan dan arus solar, voltan dan arus bateri, voltan dan arus beban, irradiance, suhu solar panel dan suhu alam sekitar. Task yang di berikan adalah untukĀ  melihat dan mengumpul segala bacaannya melalui internet.

Melalui projek ini, saya telah menggunakan beberapa barangan seperti charge controller, sensor untuk voltan, sensor untuk arus dan data logger. Saya tidak ingin menerangkan secara mendalam tentang alat-alat dan term-term di atas lagi kerana memerlukan penerangan yang panjang. Mungkin saya akan menerangkannya pada masa akan datang. Bagi sesiapa yang berminat melihat tesis saya, bolehlah klik disini.

45 Responses to “Ex Final Project”

  1. jabar says:

    Salam, saya nak mintak tunjuk ajar dalam final project sy. Saya nak design universal digital clock yang boleh menunjukkan masa di setiap benua pada masa yg sama.

  2. aiman says:

    owh..saya ader baca journal ieee yg menggunakan data acquisition card usb-6009 and labview software utk buat monitoring system of a weather station via IP..boleh contact melalui email x?terima kasih.. :)

  3. aiman says:

    salam shahrul..saya baru pilih tajuk projek..tajuk dia web based solar powered mini weather station..jd nak mintak guide dr abg nk buat projek ni boleh? (dlm proses study thesis abgnyer)

    • Shahrul says:

      ws, aiman. Web based projek, buat sendiri memang susah. Saya guna data logger yg ada web based berharga lebih RM10ribu, diberikan oleh supervisor.

  4. Lambert Lai says:

    Hi, Shahrul, do u familiar about the arduino? Currently i doing the positioning with compass HMC6352 use the DC Motor. Thanks

  5. norbipmm says:

    salam shahrul, sy nak tanya masih buat lagi ke projek solar ni..klu buat projek data logger guna arduino/pic & card reader kos tinggi ke ? Boleh discuss utk buat projek solar?

    • Shahrul says:

      ws, norbipmm. Dah x buat projek tersebut, tp ada menggunakan solar untuk aplikasi lain. Programming untuk card reader akan mengambil masa yang lama.

  6. sanjiv says:

    Selamat petang abang…nama saya sanjiv dan saya ingin tahu sama ada abang ada menyimpan thesis untuk kejuruteraan elektrik.sekian terima kasih

  7. cikmemerang says:

    assalamualaikum…
    en,sy nak tanya…projek yg sesuai untuk psm n gne matlab…n sy lemah matlab nih…something yg easy n fun maybe…boleh en tolong recommend something?terima kasih…=)

  8. ieqa says:

    salam….nk tnyer,tjuk projek saye solar Battery monitoring….nk kne display ambient temperature,voltage,ampere hour in and out,n solar inradiant..and program gne PIC…..so klu gne C language…ade x compailer..or gne microbasic lg mudah?

  9. mnazir says:

    salam…spwm adalah teknik terbaik utk reduce harmonic pd output inverter…dan gelombang AC terhasil lebih tulen(purely sinusoid)

  10. Sezu Pathy says:

    Anggap berbangga dengan abang kerana kejayaan membuat webpage ini. banyak berguna untuk saya. Boleh saya minta pertolongan abang. Saya pelajar tahun akhir di utm dalam course power engineering. Projek tahun akhir saya ialah inverter. Saya dikehendaki menghasilkan PWM switching menggunakan PIC18F4431. Saya tidak mempunyai asas dalam programming pic. Harap abang dapat membantu saya atau mengguide saya.Didahului denagn ucapan terima kasih

Leave a Reply

What is 9 + 10 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)