Experiment: ADC Arduino vs ADC ESP32

Terdapat info mengatakan ADC ESP32 tidak linear. Oleh itu saya membuat eksperimen perbandingan ADC Arduino dan ADC ESP32.

Caranya adalah dengan mengawal digital potentiometer MCP42010 bagi membuat perubahan voltan. Kemudian voltan keluaran di sambung kepada kedua-dua pin ADC Arduino dan ESP32. ESP32 akan mengumpul data dan di simpan ke Google Sheets.

Setelah itu di plot graf ADC output bagi Arduino dan ESP32. Graf output ADC Arduino boleh dikatakan linear namun graf output ADC ESP32 hanya tidak linear pada voltan kurang daripada 0.121V dan voltan lebih daripada 2.569V.

Video eksperimen nya adalah seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.