Indicator Pivot


Pivot adalah titik pusingan yang signifikan pada aras sokongan (support) atau rintangan (resistance). Pivot boleh digunakan untuk mengenalpasti titik pembalikan (reversal) dalam pergerakan harga saham.

Pada platform TradingView tersedia fungsi pivothigh dan pivotlow. pivothigh digunakan bagi menentukan titik pusingan tinggi bagi sumber harga dan tempoh pandangan tertentu. pivotlow digunakan bagi menentukan titik pusingan rendah bagi sumber harga dan tempoh pandangan yang sama dengan pivothigh.

Sumber harga bagi pivot sama ada menggunakan harga pada badan (body) candle atau pada bayang (shadow) candle. Harga body iaitu menggunakan harga buka (open) dan harga tutup (close). Harga shadow iaitu menggunakan harga tertinggi (high) dan harga terendah (low). Tempoh pandangan pula adalah bilangan candle ke kiri dan bilangan candle ke kanan.

Bagi contoh chart di bawah, setiap pivot high point dan pivot low point ditandakan harga pada candle nya. Pivot high ditandakan harga dengan warna merah manakala pivot low ditandakan harga dengan warna hijau.

Berikut adalah code pine script bagi indicator Pivot point.

//@version=5
indicator("Pivot", shorttitle="Pivot", overlay=true)

pivotsrc = input.string(defval = 'Body', title="Source", options = ['Shadow', 'Body'], inline = "pivot")
pivotlen = input.int(defval = 10, title="Length", minval = 4, maxval = 30, inline = "pivot")

src1 = pivotsrc=='Shadow'? high: math.max(close, open)
src2 = pivotsrc=='Shadow'? low: math.min(close, open)
ph = ta.pivothigh(src1, pivotlen, pivotlen)
pl = ta.pivotlow(src2, pivotlen, pivotlen) 

if not na(ph)
    label.new(x=bar_index[pivotlen], y=ph, text=str.tostring(ph, format.mintick), color=color.new(color.white, 100), textcolor=color.new(color.red, 0), style=label.style_label_down)
if not na(pl)
    label.new(x=bar_index[pivotlen], y=pl, text=str.tostring(pl, format.mintick), color=color.new(color.white, 100), textcolor=color.new(color.green, 0), style=label.style_label_up)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *