Indicator Relative Strength Index


Relative Strength Index (RSI) atau Indeks Kekuatan Relatif merupakan osilator momentum untuk mengukur kelajuan dan perubahan pergerakan harga. RSI adalah penunjuk teknikal yang memberi isyarat bagi pergerakan harga yang lebih awal (leading indicator).

Formula RSI akan menghasilkan nilai dari 0 hingga 100. Secara umum, nilai RSI di bawah 30 dianggap terlebih jualan (oversold) mungkin dianggap harga saham rendah dan pembalikan ke arah menaik boleh berlaku. Nilai RSI di atas 70 dianggap terlebih belian (overbought) mungkin dianggap harga saham tinggi dan pembalikan ke arah menurun boleh berlaku.

Pada platform TradingView tersedia fungsi RSI yang memerlukan sumber data dan bilangan data. Bilangan data yang selalu digunakan adalah 14. Disebabkan julat nilai RSI berbeza dengan julat harga saham, graf RSI di plot kan pada carta berbeza, biasa nya di bawah carta utama yang memaparkan harga dan jumlah dagangan.

Melalui pergerakan RSI, boleh terbentuk pergerakan RSI Bullish Convergence dan RSI Bearish Convergence. Bullish Convergence apabila harga semakin menurun dan RSI semakin meningkat. Keadaan ini dijangkakan harga akan membuat pembalikan (reversal) menaik semula. Bearish Convergence apabila harga semakin meningkat dan RSI semakin menurun. Keadaan ini dijangkakan harga akan membuat pembalikan (reversal) menurun semula.

Bagi contoh chart di bawah, graf di plot bagi RSI yang menggunakan sumber harga tutup (close) dan bilangan data sebanyak 14 yang terkini.

Berikut adalah code pine script bagi indicator RSI.

//@version=5
indicator("Relative Strength Index", shorttitle="RSI", overlay=false)

len = input.int(14, minval=1, title="Length")
src = input.source(close, "Source")
rsi = ta.rsi(src, len)

plot(rsi, "RSI", color=#7E57C2)
band1 = hline(70, "Upper Band", color=#787B86)
bandm = hline(50, "Middle Band", color=color.new(#787B86, 50))
band0 = hline(30, "Lower Band", color=#787B86)
fill(band1, band0, color=color.rgb(126, 87, 194, 90), title="Background")

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *