Jangan Tertipu, Selaput Dara Tiruan
Isu keperawanan wanita selalu berhubung kait dengan selaput dara. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama. Sedangkan ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat nipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks.

Kesempatan ini diambil oleh sesetengah pihak untuk meniru selaput dara ini. Alat tiruan ini bernama Artificial Virginity Hymen. Siapa punya kerjalah yang mencipta alat pelik ini. Alat ini ditempatkan dalam vagina 15-20 minit sebelum hubungan intim. Alat itu membantu wanita yang baru berkahwin untuk mengaburi suami bahawa dia masih perawan.
Artificial Virginity Hymen adalah buatan Jepun dan diedarkan oleh perusahaan China, Gigimo. Beratnya adalah 0.08kg. Gigimo mengiklankan produknya di seluruh negara-negara Arab. Ini kerana sebahagian besar warga Timur Tengah masih menganggap keperawanan adalah harga mati yang harus dimiliki seorang isteri.

Alat itu akan menggoda para wanita untuk tidak menjaga keperawanannya. Para anggota parlimen konservatif Mesir menyeru larangan import alat selaput dara tersebut. Tokoh agama terkemuka Mesir, Abdel Moati Bayoumi, mengatakan, siapa pun yang mengimport alat itu harus dihukum. Produk ini mendorong hubungan seks terlarang. Islam melarang hubungan ini kecuali dalam pernikahan, kata Bayoumi.
Sekarang zaman dah moden, tidak perlulah kita berfikiran sempit lagi isu selaput dara ini. Rujuklah fakta yang sebenarnya. Untuk anda yang gemuruh malam pertama tu, silalah rujuk RahsiaMalamPertama.com.
Post ini telah menerima 1,758 views sejak dikeluarkan pada 4:53 PM, Tuesday, 13th October 2009Category: Teknologi Tags: Seks, Tiruan
mcm2 org luar ni..myalahgunakan kepakaran yg ada..pstu, org islam plak ternanti2 produk ni sbb rmai yg dh xda dara..huhu
uiks mcm2 ada skg..
Konfem ada side effect bile benda alah kimia macam ni duk kene sumbat dalam faraj. Tempat tu sensitif, bukan leh sumbat barang2 macam ni sesuka ati je.
Ini amat bahaya bagi umat Islam. Boleh meningkatkan kadar hubungan seks sebelum berkahwin
Wanita yang telah hilang kehormatannya memang akan susah hati bila membicarakan hal keperawanan. Hanya kejujuran dapat merungkai segalanya.
Alat macam ni pun ada juga ek.. macam2 la ciptaan yang tercipta sekarang ni..
Terus terang pada si suami.jika suami nak cerai terpulanglah.jujur itu penting dalam hubungan suami isteri.haram benda macam ni.
tapi kan semasa aku belajar biologi kat sekolah dulu, takde pulak dalam buku teks tunjuk lokasi sebenar selaput dara dalam organ perkumuhan/pembiakan wanita
kalau boleh pecah ketika bersukan, kalau dia buat projek dengan suami pada malam pertama, rasanya tak ada masalah kot
cuma …
oww. camtu upenye..bentuk selaput dara
Elokle diharamkan supaya tak disalah gunakan.
macam kertas tisu cap giant jer….