Kalender 2011 Canggih


Pada setiap penghujung tahun, pasti semua orang akan mencari kalender tahun baru. Banyak syarikat-syarikat dan kedai-kedai akan mengeluarkan kalender baru untuk pelanggannya. Cytron Technologies Sdn. Bhd. juga menghasilkan Kalender 2011 yang kreatif dan lain daripada yang lain untuk peminat-peminat elektronik. Kalender 2011 yang dicetak di atas PCB. Saya juga tidak ketinggalan untuk mendapatkannya.

Pada Kalender 2011 Cytron, terdapat beberapa simbol komponen. Sebahagiannya adalah perhiasan, namun sebahagiannya ialah litar yang boleh berfungsi. Contohnya, simbol chip SMD ianya adalah palsu dan tidak digunakan. Komponenyang mempunyai lubang boleh di isi untuk menghasilkan litar LED Running.

Senarai komponennya ada tercetak di belakang PCB Kalender 2011 tersebut. Namun, Cytron hanya menyediakan PCB sahaja, komponen-komponen adalah inisiatif pelanggan sendiri. Saya malas lah nak pasang komponen-komponennya. Kalau nak lihat PCB Kalender 2011 ini berfungsi, tonton video di bawah.


5 responses to “Kalender 2011 Canggih”

Leave a Reply to Shahrul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *