Ketagih Rokok, Hisaplah Rokok Elektronik

Kalaulah seseorang dah merokok, apa halangan sekalipun mereka tidak akan lupakan bahan itu. Keluar fakta yang mengatakan rokok itu bahaya, rokok naik harga pun, mereka tidak akan berhenti dengan mudah.  Perokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, juga membahayakan orang sekelilingnya yang menghidu asap rokok terbabit. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahayakan. Racun yang paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Nasib baik saya tidak terjebak dengan kegiatan ini.

Disebabkan itu, perokok bolehlah bertukar kepada rokok yang berelektronik. Pelik bukan, rokok pun boleh dibuat secara elektronik. Jadi ia bolehlah dikatakan sebagai gajet rokok elektronik. Rokok elektronik atau dikenali E-cigarette adalah produk berteknologi tinggi yang dihasilkan untuk perokok merokok dengan lebih selamat. Rokok elektronik tidak memiliki kandungan tar, karbon monoksida dan bahan kimia yang menyebabkan kanser.

Rokok elektronik tidak memerlukan pemetik api untuk di hidupkan. Perokok hanya perlu menghisap rokok elektronik dan secara automatik komponen elektronik didalamnya akan dihidupkan. Kelebihannya adalah perokok boleh menghisap rokok elektronik ini di mana-mana sahaja kerana ia tidak mengeluarkan asap yang merbahaya. Malahan boleh juga menghisap di kawasan larangan merokok kerana belum ada kawasan untuk larangan merokok rokok elektronik.

Bagaimana rokok elektronik ini berfungsi?

Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya.  Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika di hisap.

Ini alat giler canggih, tentu harganya agak mahal. Jika betul-betul ingin berhenti merokok, anda boleh mencari panduan untuk berhenti merokok. Mari dapatkan panduan berhenti merokok di JomBerhentiMerokok.com.

Rokok Elektronik Ada Jual Di sini

Post ini telah menerima 1,711 views sejak dikeluarkan pada 12:08 PM, Monday, 9th November 2009
Category: Gajet Tags: ,
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda. Masukkan e-mail anda dan klik subcribe


Anda mungkin belum baca post ini

10 komen untuk Ketagih Rokok, Hisaplah Rokok Elektronik

  1. Komen dari Afham pada 5:51 PM, 11th November 2009

    bagus betul entry ni!

  2. Komen dari PoJiePooh pada 5:28 PM, 18th November 2009

    Wow, cool entry :)
    Thanks for sharing dude!

  3. Komen dari syinrayafa pada 1:04 PM, 19th November 2009

    ada dk ke yg try rokok elektronik ni…? xde kesan efek…? last2 skali meletup dlm mulut…hohoho…kesiannya…

  4. Komen dari wan2911 pada 11:12 PM, 19th November 2009

    wah canggih betul ni, elok untuk perokok2 tegar..
    alhamdulillah aku tak merokok, dapat save duit, jage otak n jage kesihatan :)

  5. Komen dari mantra pada 4:31 PM, 23rd November 2009

    Salam,

    Pergh! mantop giler…
    ni canggih betul teknologi.
    Nama pun best-bluecigs-

    Agak2 berapa harga sekotak ni eh?

  6. Komen dari imabiz pada 12:43 PM, 25th November 2009

    hah.. elok gak tue.. baik kerajaan hentikan penjualan rokok tembakau dan jual rokok nie… terjamin alam sekitar… amacam..???

  7. Komen dari Adney pada 8:30 PM, 26th November 2009

    bro… x dek pautan ke ? i mean pautan ke website alat rokok ni… mane taw saye boley beli.. huhu

  8. Komen dari Alamtologi pada 10:08 PM, 1st December 2009

    Hentikan merokok! Bagus untuk kesihatan dan mengurangkan kadar pencemaran! Hehehe..
    - Alamtologi

  9. Komen dari Nasrun pada 6:39 PM, 20th February 2010

    Bro, mana nak dapat rokok ni? Nak beli satu. Tak larat dah nak beli rokok. Perisa winston light ade tak?

  10. Komen dari Shahrul pada 3:29 PM, 21st February 2010

    Nasrun, rokok elektronik ni ada jual kat website luar negara, tetapi sudah ada org Malaysia yg import dan jual di Malaysia secara online. Perasanya bergantung pd cartridges spt marlboro, tobacco, cherry dan sebagainya.

Dah baca, tinggalkan komen anda disini