Maple: SPWM, Sinusoidal Pulse Width Modulation

October 19th, 2010  Posted at   Umum
arrow   |   9 Commentsarrow

SPWM adalah signal seperti PWM, cuma bezanya adalah signal reference untuk menghasilkan SPWM. Jika PWM menggunakan signal reference yang constant, akan menghasilkan frekuensi dan duty cycle yang tetap setiap masa. Berbeza dengan SPWM yang menggunakan reference sinusoidal, menghasilkan duty cycle yang berubah-ubah. Cara menghasilkannya adalah seperti di bawah dengan membandingkan triangle wave dan sinusoidal wave.

SPWM kebiasaannya digunakan untuk penukaran kepada AC Signal dalam Power Electronic. Ia selalu digunakan terutama dalam litar SPMC (Single Phase Matrix Converter). SPWM dikira berdasarkan titik persilangan antara carrier signal yang berbentuk triangle wave dan modulation signal yang berbentuk sin wave. Pengiraan Maple untuk kiraan ini adalah seperti di bawah.

eq1 adalah persamaan untuk sin wave, eq2 adalah persamaan untuk triangle wave. Triangle wave mempunyai dua persamaan garis lurus iaitu ketika wave menaik dan ketika wave menurun. Bilangan titik persilangan yang terhasil diantara dua wave ini adalah n=fc/fm. a[i] adalah titik-titik masa, kemudian kirakan beza masa bagi setiap titik melalui t[i]. Inilah cara malas dan cepat untuk mengira dan hasilnya adalah seperti di bawah.

Hasil pengiraan Maple Nilai delay yang dimasukkan ke dalam MPLab

Anda mungkin belum baca post ini

9 komen untuk Maple: SPWM, Sinusoidal Pulse Width Modulation

  1. 1. Komen dari nora pada 12:33 AM, 16th February 2011

    macam mane nak tukar coding maple ke matlab?

  2. 2. Komen dari Shahrul pada 10:32 AM, 16th February 2011

    nora, matlab ada coding nya sendiri, mungkin berbeza sedikit syntax nya tapi konsepnya sama dengan mana2 programming.

  3. 3. Komen dari zilas pada 1:15 PM, 2nd March 2012

    En.shahrul..sya nk keterangan lebih mendalam tentang spwm..?

  4. 4. Komen dari Shahrul pada 2:41 PM, 2nd March 2012

    zilas, saya x de keterangan lanjut. Sila cari kat google.

  5. 5. Komen dari zilas pada 1:12 AM, 30th June 2012

    nk tanye sikit. frekuensi bagi isyarat SPWM berapa sebenarnya?

  6. 6. Komen dari Shahrul pada 3:02 PM, 2nd July 2012

    zilas, frekuensi SPWM biasa reference frequency 50Hz dan carrier 1kHz.

  7. 7. Komen dari Jeongjin pada 11:14 PM, 21st September 2012

    asmkm abg nizam..boleh tnya x klau program diats dinaaukgn untuk inverter dc-ac??circuit inverter yg menggunakan IGBT untuk switching dgn menggunakan SPWM

  8. 8. Komen dari zaidi pada 5:28 PM, 1st November 2012

    Saya berminat dengan programming ni…mcm mana nak beli dari saudara?

  9. 9. Komen dari Shahrul pada 5:54 PM, 1st November 2012

    zaidi, e-mail saya kat Tentang Saya.

Dah baca, tinggalkan komen anda disini

What is 8 + 12 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)