MAX232 Driver

MAX232 adalah chip yang digunakan untuk menghubungkan antara isyarat RS232 dan UART. MAX232 mempunyai 16 pin dan menggunakan voltan 5V. Isyarat RS232 kebanyakannya terdapat pada komputer dan beberapa peralatan lain. Isyarat UART pula terdapat pada microcontroller atau IC (Integrated Circuit). Isyarat RS232 dan isyarat UART adalah hampir sama. Ia meliputi isyarat menghantar dan menerima (transmit and receive). Apa yang membezakan kedua-dua isyarat ini hanyalah voltage level.

Isyarat RS232 menggunakan voltan -15V hingga +15V manakala isyarat UART menggunakan voltan 0V hingga 5V. Logic high atau ’1′ untuk RS232 adalah -15V hingga -3V, logic low atau ’0′ untuk RS232 adalah 3V hingga 15V. Logic high atau ’1′ untuk UART adalah 2V hingga 5V, logic low atau ’0′ untuk UART adalah 0V hingga 0.8V.

MAX232 mempunyai dua set UART/RS232 converter. Pin 11 dan 10 adalah input UART atau UART Transmit, pin 14 dan 7 adalah output RS232 atau RS232 Receive. Pin 12 dan 9 adalah output UART atau UART Receive, pin 13 dan 8 adalah input RS232 atau RS232 Transmit.


Post ini telah menerima 3,086 views sejak dikeluarkan pada 5:06 PM, Wednesday, 23rd December 2009
Category: Elektronik Tags:
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda.
Masukkan e-mail anda dan klik subcribe.

Anda mungkin belum baca post ini

8 komen untuk MAX232 Driver

  1. 1. Komen dari Aizat lipan pada 12:12 AM, 25th December 2009

    nice blog dude!..xboleh nk follow ke..?

  2. 2. Komen dari Shahrul pada 10:07 AM, 26th December 2009

    Nk follow boleh subcribe blog ni.

  3. 3. Komen dari annuarn pada 1:04 PM, 4th January 2010

    Nampaknya agak teknikal artikel ni….bagaimanapun boleh ler belajar

  4. 4. Komen dari yasin pada 1:08 AM, 21st March 2010

    dengan kejuruteraan elektronik ni boleh ke kite mengkaji tentang fizik sebagai cth mekanik kuantum,elektromagnet,anti-graviti seperti yang dikaji oleh saintis fizik saye ade dengar pasal engineer elektrik wat research seperti nicola tesla, tapi engeneer elektronik xde dengar,bah kan menerima hadiah nobel pon xde.ape pulak perkakas untk digunakan dalam makmal yang digunakan oleh bidang elektronik untk mengkaji berkenaan bidang fizik yang saye sebutkan tadi sekiranya elektronik dapat menkaji bidang fizik tersebut.

  5. 5. Komen dari yasin pada 1:14 AM, 21st March 2010

    sye minat elektronik tpi ingat nak sertai kajian pasal elektromagnet so sebelum sye ambik course ni nak tau leh ke sye dengan bidang ni sye terjun ke bidang fizik dan wat research sendiri tentang fizik dan ape pulak alat untuk kegunaan eksperimen dan adakah ia mahal.

  6. 6. Komen dari winfai pada 8:49 PM, 17th February 2011

    Hi Mr Shahrul,

    Boleh saya tanya tentang MAX232 and DB9(RS232). Jika nak connect DB9 dekat MAX232,pin dan 3 DB9 boleh sambuung dekat MAX232, ada lain lain pin DB9 yang kena sambung lagi ke??? contohnya, pin 5 DB9(ground) sambung dekat ground, adakah ia betul??? ada apa apa pin lagi ke kena sambung untuk DB9….

    Terima kasih

  7. 7. Komen dari bahirah pada 11:58 PM, 21st February 2011

    bleh gna circuit ni untuk program PIC16F876A x?

  8. 8. Komen dari Shahrul pada 12:17 AM, 22nd February 2011

    bahirah, circuit ni untuk interfacing dgn komponen RS232, bukan untuk program. Nak program guna ICSP.

Dah baca, tinggalkan komen anda disini