MAX232 Driver

MAX232 adalah chip yang digunakan untuk menghubungkan antara isyarat RS232 dan UART. MAX232 mempunyai 16 pin dan menggunakan voltan 5V. Isyarat RS232 kebanyakannya terdapat pada komputer dan beberapa peralatan lain. Isyarat UART pula terdapat pada microcontroller atau IC (Integrated Circuit). Isyarat RS232 dan isyarat UART adalah hampir sama. Ia meliputi isyarat menghantar dan menerima (transmit and receive). Apa yang membezakan kedua-dua isyarat ini hanyalah voltage level.

Isyarat RS232 menggunakan voltan -15V hingga +15V manakala isyarat UART menggunakan voltan 0V hingga 5V. Logic high atau ‘1’ untuk RS232 adalah -15V hingga -3V, logic low atau ‘0’ untuk RS232 adalah 3V hingga 15V. Logic high atau ‘1’ untuk UART adalah 2V hingga 5V, logic low atau ‘0’ untuk UART adalah 0V hingga 0.8V.

MAX232 mempunyai dua set UART/RS232 converter. Pin 11 dan 10 adalah input UART atau UART Transmit, pin 14 dan 7 adalah output RS232 atau RS232 Receive. Pin 12 dan 9 adalah output UART atau UART Receive, pin 13 dan 8 adalah input RS232 atau RS232 Transmit.

16 Replies to “MAX232 Driver”

  1. Assalam.. Nk tnye.. Kalau buat projek dot matrix mnggunakn gsm prlu gne litar ic max232 x?? Nk kepastian shje..

  2. salam bro leh xtrgkan dgn lebih lanjut pasal max232..saya ada rfid reader sma mcm gmbr di atas dan ada uc00B/uart to usb..leh x saya interface terus? saya juz connect vcc,txd,rxd dan gnd..com port detect tapi bila letak tag xkuar id tag..?? tolong:<

  3. Hi Mr Shahrul,

    Boleh saya tanya tentang MAX232 and DB9(RS232). Jika nak connect DB9 dekat MAX232,pin dan 3 DB9 boleh sambuung dekat MAX232, ada lain lain pin DB9 yang kena sambung lagi ke??? contohnya, pin 5 DB9(ground) sambung dekat ground, adakah ia betul??? ada apa apa pin lagi ke kena sambung untuk DB9….

    Terima kasih

  4. sye minat elektronik tpi ingat nak sertai kajian pasal elektromagnet so sebelum sye ambik course ni nak tau leh ke sye dengan bidang ni sye terjun ke bidang fizik dan wat research sendiri tentang fizik dan ape pulak alat untuk kegunaan eksperimen dan adakah ia mahal.

  5. dengan kejuruteraan elektronik ni boleh ke kite mengkaji tentang fizik sebagai cth mekanik kuantum,elektromagnet,anti-graviti seperti yang dikaji oleh saintis fizik saye ade dengar pasal engineer elektrik wat research seperti nicola tesla, tapi engeneer elektronik xde dengar,bah kan menerima hadiah nobel pon xde.ape pulak perkakas untk digunakan dalam makmal yang digunakan oleh bidang elektronik untk mengkaji berkenaan bidang fizik yang saye sebutkan tadi sekiranya elektronik dapat menkaji bidang fizik tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.