Maple: Menyelesaikan Persamaan Garis Lurus

August 9th, 2010  Posted at   Umum
arrow   |   No Commentsarrow

Persamaan garis lurus boleh terhasil daripada dua titik. Persamaan garis lurus adalah polinomial yang mempunyai kuasa terbesar satu. Persamaan garis lurus di tulis dalam persamaan matematik adalah y=ax+b. Menyelesaikan persamaan garis lurus misalnya mendapatkan persamaan diantara dua titik iaitu titik A ( x[1], y[1]) dan titik B (x[2], y[2]). Bagi menyelesaikan masalah ini secara malas dan cepat, boleh menggunakan software Maple. Contoh penyelesaiannya adalah seperti berikut.

Contoh di atas misalnya menukarkan julat dari 0-1023 kepada 1250-20000 iaitu menghubungkan dua titik antara (0, 1250) dan (1023, 20000). Pertama sekali, kedua-dua titik tersebut mestilah menepati persamaan y=ax+b. Jadi persamaan eq1 adalah memasukkan nilai titik A dan persamaan eq2 adalah memasukkan nilai titik B.

eq3 adalah menyamakan nilai b sebagai perkara rumus pada eq1 dan eq2. Setelah menyamakan nilai b, hanya nilai a yang wujud dalam eq3. Oleh itu, nilai a boleh diperolehi dengan menyelesaikan eq3. Setelah dapat nilai a, nilai b pula boleh diperolehi dengan meyelesaikan eq1 atau eq2. Hasilnya adalah seperti di bawah.

Persamaan inilah yang saya gunakan dalam program PWM dimana saya menukarkan nilai ADC dari 0-1023 kepada frequency 1250-20000Hz. Oleh itu, persamaannya adalah frequency = 18.3285 x + 1250.

Anda mungkin belum baca post ini

  • Maple: Curve Fitting
  • Maple: SPWM, Sinusoidal Pulse Width Modulation
  • Maple: Menyelesaikan Persamaan Kuadratik
  • Maple: Menyelesaikan Persamaan Garis Tidak Lurus

Dah baca, tinggalkan komen anda disini