Mosfet


MOSFET adalah singkatan bagi Metal Oxide Semiconductor Field Effect Transistor. MOSFET berfungsi sebagai amplifier atau switch juga seperti transistor. Perbezaannya transistor dikawal dengan arus Base manakala MOSFET dikawal dengan voltan Gate. MOSFET boleh mengalirkan arus yang lebih tinggi berbanding transistor.

MOSFET mempunyai tiga kaki dan dilabel GDS iaitu Gate, Drain dan Source. MOSFET mempunyai dua jenis iaitu Enhancement Type dan Depletion Type dengan setiap satunya terdapat dua jenis lagi iaitu N-channel dan P-channel. Keseluruhannya MOSFET mempunyai kategori-kategori berikut:-

  • N-channel MOSFET (NMOS) Enhancement Type
  • N-channel MOSFET (NMOS) Depletion Type
  • P-channel MOSFET (PMOS) Enhancement Type
  • P-channel MOSFET (PMOS) Depletion Type

Bagi mengawal voltan gate, microcontroller akan memberikan voltan sama ada low logic 0V atau high logic 5V. Bergantung pada jenis enhancement type ataupun depletion type, load akan ON ataupun OFF. MOSFET juga boleh menghidupkan motor DC yang kecil kerana MOSFET boleh mengalirkan arus lebih tinggi berbanding transistor.


12 responses to “Mosfet”

  1. salam shahrul,,bagaimanakah kita memilih mosfet dari datasheet,,dan bagaimana cara2 kita dapat membekalkan voltan gate kepada base

  2. pakai tester digital atau analog je..irf ni selalunya dipasang berpasangan kalau periksa pada pcb audio cthnya poweramp…selalunya terminal (-) negetif wayar hitam tester tu letak pada kaki tengah dan positif (+) pula letak kiri atau kanan suka hati .maaf saya tak expert sangat tapi mosfet dgn part number sama kena buat perbandingan.yang rosak atau lemah memang nilai bacaan tester rendah atau 0 berbanding yang lain.

Leave a Reply to Shahrul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *