Mosfet

March 24th, 2011  Posted at   Elektronik

MOSFET adalah singkatan bagi Metal Oxide Semiconductor Field Effect Transistor. MOSFET berfungsi sebagai amplifier atau switch juga seperti transistor. Perbezaannya transistor dikawal dengan arus Base manakala MOSFET dikawal dengan voltan Gate. MOSFET boleh mengalirkan arus yang lebih tinggi berbanding transistor.

MOSFET mempunyai tiga kaki dan dilabel GDS iaitu Gate, Drain dan Source. MOSFET mempunyai dua jenis iaitu Enhancement Type dan Depletion Type dengan setiap satunya terdapat dua jenis lagi iaitu N-channel dan P-channel. Keseluruhannya MOSFET mempunyai kategori-kategori berikut:-

  • N-channel MOSFET (NMOS) Enhancement Type
  • N-channel MOSFET (NMOS) Depletion Type
  • P-channel MOSFET (PMOS) Enhancement Type
  • P-channel MOSFET (PMOS) Depletion Type

Bagi mengawal voltan gate, microcontroller akan memberikan voltan sama ada low logic 0V atau high logic 5V. Bergantung pada jenis enhancement type ataupun depletion type, load akan ON ataupun OFF. MOSFET juga boleh menghidupkan motor DC yang kecil kerana MOSFET boleh mengalirkan arus lebih tinggi berbanding transistor.

12 Responses to “Mosfet”

  1. ken says:

    pakai tester digital atau analog je..irf ni selalunya dipasang berpasangan kalau periksa pada pcb audio cthnya poweramp…selalunya terminal (-) negetif wayar hitam tester tu letak pada kaki tengah dan positif (+) pula letak kiri atau kanan suka hati .maaf saya tak expert sangat tapi mosfet dgn part number sama kena buat perbandingan.yang rosak atau lemah memang nilai bacaan tester rendah atau 0 berbanding yang lain.

  2. wan says:

    kenapa resistor 1k yg disambungkan?

  3. nor sairi says:

    salam.. boleh tak tuan tunjukkan cara untuk menguji mosfet .. bingung nak mengji mostfet,

  4. Mazlan says:

    Assalam, bagaimana nak periksa MOSFET kita rosak atau baik.

  5. faez says:

    salam, sorry off topic
    nak tnya ada x alternative lain selain Relay dlm electronic curcuit?

    • Shahrul says:

      ws, faez. Ada solid state relay, IGBT ataupun opto-isolator. Ia jarang digunakan kerana litar lebih complex dan harga lebih mahal.

  6. wanrobot says:

    Salam…tuan,berapa satu (RM) MOSFET skrg?

  7. wan says:

    salam shahrul,,bagaimanakah kita memilih mosfet dari datasheet,,dan bagaimana cara2 kita dapat membekalkan voltan gate kepada base

Leave a Reply

What is 3 + 12 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)