My Idol

May 21st, 2009  Posted at   Peribadi

Bertetapan dengan minat saya, saya memang mengagumi seorang pereka cipta tempatan yang bernama Zulkifli Haron. Saya sudah meminati beliau sejak kecil lagi. Ketika saya sekolah rendah sekitar tahun 90an, sering terdengar tentang ciptaan-ciptaan Zulkifli Haron. Namun sekarang, sudah lama tidak kedengaran nama Zulkifli Haron. Tetapi, saya percaya nama beliau masih lagi popular bagi sesiapa yang mengikuti bidang ciptaan tempatan. Bagi mereka yang mengikuti Malaysian Idol, American Idol atau apa-apa lagi Idol, memang nama Zulkifli Haron tidak masuk dalam senarai.

Setelah lama saya tidak mencari info beliau, saya mula mengikuti jejak langkah Zulkifli. Saya mencari biodata Zulkifli. Ini info yang saya perolehi dari Utusan Online. Zulkifli meminati bidang reka cipta sejak di bangku sekolah rendah lagi. Semasa kecil, beliau pernah dimarahi ayahnya kerana membuka televisyen dan kipas angin di rumah semata-mata untuk mengetahui bagaimana alat-alat tersebut dihasilkan. Selepas itu, beliau mula membaiki pelbagai barangan elektrik tanpa bantuan dan tunjuk ajar sesiapa sewaktu di sekolah rendah lagi.

Zulkifli mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Rawang, Selangor. Setelah tamat tingkatan lima di Sekolah Menengah Rawang, beliau mengikuti pengajian kemahiran mulai tahun 1981 hingga 1982 di Institut Kemahiran Mara (IKM) sebagai tempat memahirkan lagi daya ciptanya. Semasa di IKM, Zulkifli mengambil bidang pembaikan alat penghawa dingin.

Bagaimanapun, beliau tidak hanya menumpukan pengajian dalam satu bidang tersebut sahaja. Hasil bantuan rakan-rakan, beliau mempelajari bidang kimpalan sambil mengamalkan budaya bertanya untuk mengetahui apa sahaja yang diminatinya. Selepas itu, pada tahun 1984, Zulkifli melanjutkan kursus ke Pusat Sains Toshiba di Jepun atas tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Hasil usahanya sendiri, beliau kemudian mengikuti kursus Robotic Designing pada sebelah malam di sana.

Setelah kembali ke tanah air, beliau memulakan kerjaya dalam hidupnya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat elektrik. Berpaksikan kehebatannya, syarikat itu kemudian telah menghantar Zulkifli untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di Stuttgart, Jerman pada tahun 1987. Sebelum tamat kursus di sana, Zulkifli mempelajari pula pengajian Electrical Control Engineering di Perancis selama dua minggu juga pada tahun 1987.

Kini Zulkifli telah pun memiliki perniagaan sendiri melalui syarikatnya Zull Design Autotronic yang beroperasi di Rawang, Selangor. Boleh buka websitenya di zulldesign.com.my. Diberitakan, Zulkifli telah pun menghasilkan lebih 1,000 produk sejak pembabitannya dalam perniagaan rekacipta selama lebih 20 tahun. Saya dalam usaha mengikut jejak langkah Zulkifli Haron. Mungkin nanti berkesempatan bertemu beliau untuk menuntut ilmu.

22 Responses to “My Idol”

  1. haezal says:

    Moga ko pun boleh jadi macam dia.

  2. asyiqin says:

    same! i knew him from primary school. he is a great man. u too shahrul. walaupun saya belajar kimia, tapi saya sgt kagum dgn inovosi yg dihasilkan oleh rakyat malaysia. :D

Leave a Reply

What is 13 + 10 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)