My Idol

May 21st, 2009  Posted at   Peribadi

Bertetapan dengan minat saya, saya memang mengagumi seorang pereka cipta tempatan yang bernama Zulkifli Haron. Saya sudah meminati beliau sejak kecil lagi. Ketika saya sekolah rendah sekitar tahun 90an, sering terdengar tentang ciptaan-ciptaan Zulkifli Haron. Namun sekarang, sudah lama tidak kedengaran nama Zulkifli Haron. Tetapi, saya percaya nama beliau masih lagi popular bagi sesiapa yang mengikuti bidang ciptaan tempatan. Bagi mereka yang mengikuti Malaysian Idol, American Idol atau apa-apa lagi Idol, memang nama Zulkifli Haron tidak masuk dalam senarai.

Setelah lama saya tidak mencari info beliau, saya mula mengikuti jejak langkah Zulkifli. Saya mencari biodata Zulkifli. Ini info yang saya perolehi dari Utusan Online. Zulkifli meminati bidang reka cipta sejak di bangku sekolah rendah lagi. Semasa kecil, beliau pernah dimarahi ayahnya kerana membuka televisyen dan kipas angin di rumah semata-mata untuk mengetahui bagaimana alat-alat tersebut dihasilkan. Selepas itu, beliau mula membaiki pelbagai barangan elektrik tanpa bantuan dan tunjuk ajar sesiapa sewaktu di sekolah rendah lagi.

Zulkifli mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Rawang, Selangor. Setelah tamat tingkatan lima di Sekolah Menengah Rawang, beliau mengikuti pengajian kemahiran mulai tahun 1981 hingga 1982 di Institut Kemahiran Mara (IKM) sebagai tempat memahirkan lagi daya ciptanya. Semasa di IKM, Zulkifli mengambil bidang pembaikan alat penghawa dingin.

Bagaimanapun, beliau tidak hanya menumpukan pengajian dalam satu bidang tersebut sahaja. Hasil bantuan rakan-rakan, beliau mempelajari bidang kimpalan sambil mengamalkan budaya bertanya untuk mengetahui apa sahaja yang diminatinya. Selepas itu, pada tahun 1984, Zulkifli melanjutkan kursus ke Pusat Sains Toshiba di Jepun atas tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Hasil usahanya sendiri, beliau kemudian mengikuti kursus Robotic Designing pada sebelah malam di sana.

Setelah kembali ke tanah air, beliau memulakan kerjaya dalam hidupnya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat elektrik. Berpaksikan kehebatannya, syarikat itu kemudian telah menghantar Zulkifli untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di Stuttgart, Jerman pada tahun 1987. Sebelum tamat kursus di sana, Zulkifli mempelajari pula pengajian Electrical Control Engineering di Perancis selama dua minggu juga pada tahun 1987.

Kini Zulkifli telah pun memiliki perniagaan sendiri melalui syarikatnya Zull Design Autotronic yang beroperasi di Rawang, Selangor. Boleh buka websitenya di zulldesign.com.my. Diberitakan, Zulkifli telah pun menghasilkan lebih 1,000 produk sejak pembabitannya dalam perniagaan rekacipta selama lebih 20 tahun. Saya dalam usaha mengikut jejak langkah Zulkifli Haron. Mungkin nanti berkesempatan bertemu beliau untuk menuntut ilmu.

Anda mungkin belum baca post ini

  • Projek Lama
    Di sini hanyalah projek-projek lama. Projek masa muda-muda, masa bergelar student dulu. Tak la la...
  • Solder Komponen SMD
    Komponen SMD (Surface Mount Device) adalah komponen yang tiada kaki dan perlu di solder terus kep...
  • Sekitar Freescale Cup 2012
    Pada 1 Disember 2012 berlangsungnya Freescale Cup 2012 di UiTM Shah Alam, Selangor. Freescale cup...
  • PICuno Equo
    Apakah PICuno Equo? PICuno Equo adalah board PIC yang direka oleh Cytron Technologies yang mengik...
  • chipKIT Max32
    SKPIC32 yang telah dibeli pun saya masih belum guna lagi, tapi hati saya sudah tidak tertahan lag...

15 komen untuk My Idol

Pages: « 2 [1] Show All

  1. 10. Komen dari Shahrul pada 1:16 PM, 9th December 2010

    Boleh. Saya pun buat projek2 berdasarkan minat dan dana2 sendiri saja.

  2. 9. Komen dari mnazir pada 12:28 PM, 9th December 2010

    saya setuju dgn saudara zul_design…saya seorang staf IPTA yg membuat penyelidikan/rekacipta di IPTA…banyak dana dihabiskan tanpa beroleh produk…mgkn saya dan shahrul boleh bekerjasama utk membangunkan sistem yg boleh digunapakai oleh masyarakat….

  3. 8. Komen dari Shahrul pada 10:04 AM, 25th November 2010

    Ada, tapi tak banyak la kot.

  4. 7. Komen dari Shahrul pada 10:00 AM, 25th November 2010

    Ciptaan Zulkifli lebih dekat dengan masyarakat dan membantu terutama pada IKS.

  5. 6. Komen dari Zul_Design pada 9:41 AM, 25th November 2010

    Amat merugikan Negara apabila berbelanja berbilion ringgit utk menaja penyelidikan IPTA tp tidak banyak produck mereka yang berjaya di commercial kan.

  6. 5. Komen dari Zul_smts pada 9:33 AM, 25th November 2010

    Saya pun kenal zul nie masa d SRK lg. Org pangil dia ‘Saintis kampung’. Tp ‘saintis kampung’ nie lah yang telah banyak berjasa kepada masyarakat melalui pelbagai ciptaannya. Saya terpikir plak ‘kan bagus’ kalu penyelidik2 @ saintis2 d universiti tempatan dapat mengikut jejak langkah Zulkifli.

  7. 4. Komen dari Shahrul pada 5:26 PM, 24th August 2010

    Aku pun x pernah pg lg tempat dia, di Rawang. Mungkin boleh juga pg melawat, tuntut ilmu ke, joint venture projek ke, hehe

  8. 3. Komen dari Amin007.Ledang pada 2:19 PM, 24th August 2010

    shahrul nizam, kau pernah pergi tempat dia???
    aku teringin nak pergi

  9. 2. Komen dari sweetgurlz pada 5:53 PM, 19th August 2010

    jarang sekali org melayu yg minat dgn rekacipta ni…its good news..

  10. 1. Komen dari adol pada 1:18 AM, 9th June 2009

    aku bangga betul dengan dia nie.. byk ciptaan dia berjaya di komersialkan…

Pages: « 2 [1] Show All

Dah baca, tinggalkan komen anda disini

What is 3 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)