My Idol


Bertetapan dengan minat saya, saya memang mengagumi seorang pereka cipta tempatan yang bernama Zulkifli Haron. Saya sudah meminati beliau sejak kecil lagi. Ketika saya sekolah rendah sekitar tahun 90an, sering terdengar tentang ciptaan-ciptaan Zulkifli Haron. Namun sekarang, sudah lama tidak kedengaran nama Zulkifli Haron. Tetapi, saya percaya nama beliau masih lagi popular bagi sesiapa yang mengikuti bidang ciptaan tempatan. Bagi mereka yang mengikuti Malaysian Idol, American Idol atau apa-apa lagi Idol, memang nama Zulkifli Haron tidak masuk dalam senarai.

Setelah lama saya tidak mencari info beliau, saya mula mengikuti jejak langkah Zulkifli. Saya mencari biodata Zulkifli. Ini info yang saya perolehi dari Utusan Online. Zulkifli meminati bidang reka cipta sejak di bangku sekolah rendah lagi. Semasa kecil, beliau pernah dimarahi ayahnya kerana membuka televisyen dan kipas angin di rumah semata-mata untuk mengetahui bagaimana alat-alat tersebut dihasilkan. Selepas itu, beliau mula membaiki pelbagai barangan elektrik tanpa bantuan dan tunjuk ajar sesiapa sewaktu di sekolah rendah lagi.

Zulkifli mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Rawang, Selangor. Setelah tamat tingkatan lima di Sekolah Menengah Rawang, beliau mengikuti pengajian kemahiran mulai tahun 1981 hingga 1982 di Institut Kemahiran Mara (IKM) sebagai tempat memahirkan lagi daya ciptanya. Semasa di IKM, Zulkifli mengambil bidang pembaikan alat penghawa dingin.

Bagaimanapun, beliau tidak hanya menumpukan pengajian dalam satu bidang tersebut sahaja. Hasil bantuan rakan-rakan, beliau mempelajari bidang kimpalan sambil mengamalkan budaya bertanya untuk mengetahui apa sahaja yang diminatinya. Selepas itu, pada tahun 1984, Zulkifli melanjutkan kursus ke Pusat Sains Toshiba di Jepun atas tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Hasil usahanya sendiri, beliau kemudian mengikuti kursus Robotic Designing pada sebelah malam di sana.

Setelah kembali ke tanah air, beliau memulakan kerjaya dalam hidupnya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat elektrik. Berpaksikan kehebatannya, syarikat itu kemudian telah menghantar Zulkifli untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di Stuttgart, Jerman pada tahun 1987. Sebelum tamat kursus di sana, Zulkifli mempelajari pula pengajian Electrical Control Engineering di Perancis selama dua minggu juga pada tahun 1987.

Kini Zulkifli telah pun memiliki perniagaan sendiri melalui syarikatnya Zull Design Autotronic yang beroperasi di Rawang, Selangor. Boleh buka websitenya di zulldesign.com.my. Diberitakan, Zulkifli telah pun menghasilkan lebih 1,000 produk sejak pembabitannya dalam perniagaan rekacipta selama lebih 20 tahun. Saya dalam usaha mengikut jejak langkah Zulkifli Haron. Mungkin nanti berkesempatan bertemu beliau untuk menuntut ilmu.

LX0-104  
PEGACPBA71V1  
000-017  
500-260  
JN0-360  
100-105  ,
70-410  
CAS-002  
CAS-002  
70-488  
EX300  
SSCP  
JK0-022  
VCP550  
9A0-385  
PEGACPBA71V1  
1z0-808  
2V0-621D  
000-104  
220-802  
SSCP  
210-060  
210-260  
PEGACPBA71V1  
ITILFND  
642-999  
350-050  
642-732  
1Z0-051  
352-001  
400-051  
400-101  
400-201  
500-260  
640-692  
640-911  
640-916  
642-732  
642-999  
700-501  
70-177  
70-178  
70-243  
70-246  
70-270  
70-346  
70-347  
70-410  
70-411  
70-412  
70-413  
70-417  


22 responses to “My Idol”

  1. Saya pun kenal zul nie masa d SRK lg. Org pangil dia ‘Saintis kampung’. Tp ‘saintis kampung’ nie lah yang telah banyak berjasa kepada masyarakat melalui pelbagai ciptaannya. Saya terpikir plak ‘kan bagus’ kalu penyelidik2 @ saintis2 d universiti tempatan dapat mengikut jejak langkah Zulkifli.

  2. Amat merugikan Negara apabila berbelanja berbilion ringgit utk menaja penyelidikan IPTA tp tidak banyak produck mereka yang berjaya di commercial kan.

  3. salam.tuan..macam mana saya boleh -mail pada tuan satu idea dan lakaran asas *Technology to detect stress*

  4. Salam, i’m software eng(from pakistan), and electronics lover, like your web site too much, as i don’t know Malay i translated it in chrome and read many pages on site, and really very helpful, thanks for sharing

  5. Saya mengikuti projek2 anda, tidak kurangnya dgn zul design. Anda masih muda dan berpotensi tinggi untuk mencapai kejayaan. Tahniah dan syabas di atas usaha yang dilakukan. Suatu hari nanti anda pasti akan mendapat kejayaan seperti zul design.

  6. same! i knew him from primary school. he is a great man. u too shahrul. walaupun saya belajar kimia, tapi saya sgt kagum dgn inovosi yg dihasilkan oleh rakyat malaysia. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *