Optocoupler
Optocoupler ataupun opto-isolator adalah satu komponen yang boleh mengawal litar elektrik yang lain dengan litar tersebut boleh berasingan dengan litar utama. Ia seolah-olah sama fungsi dengan relay, namun optocoupler mempunyai kelebihan berbentuk IC.
Melalui diagram di atas jelas fungsi nya. Apabila arus mengalir dari Pin 1 ke Pin 2, akan membenarkan arus mengalir dari Pin 5 ke Pin 4. Kegunaan optocoupler adalah untuk mengasingkan dua litar samaada litar untuk input ataupun output bagi microcontroller.
Kelebihan optocoupler berbanding relay.
- Saiz yang lebih kecil dan ringan.
- Solid state, jadi tiada bahagian mekanikal yang bergerak seperti contactor relay.
- Sesuai untuk digital elektronic kerana boleh ON dan OFF dengan lebih cepat.
- Arus lebih rendah berbanding menghidupkan coil relay.
bole ke mggunakn optocoupler bg menggantikan transmitter and receiver in proteus??
Salam, minta izin meyampuk ye….kalau nak buat NC dan NO macam relay biasa pun boleh gak tapi kena ada dua biji IC optocoupler dan kalau mengikut diagram diatas tu punca masukkan salah input diode dari kedua optocoupler tu hendaklah satu always high dan satu lagi always low mengikut signal dari PIC, satukan atau commonkan punca pin 4 dan jadikan kedua-dua pin 5 sebagai satu NO dan satu lagi NC.
Jadi tak agak nya?
Salam perkenalan: http://pronictech.blogspot.com/
w/salam, lan. Ya, memang boleh buat NO dan NC dgn dua optocoupler. Satu optocoupler Normally High, satu lagi oprocoupler Normally Low dengan design resistor pull-up ataupun pull-down.
Salam,Optocoupler ni ada NC,NO,dan Common x..?
w/salam, Abdullah. Optocoupler x de NO dan NC, hanya satu direction ikut diagram di atas.