RF Module, EWRF 3022UT

Ini adalah Wireless Module. Model ini adalah EWRF 3022UT yang menggunakan frekuensi radio (RF).

Module ini digunakan untuk menukarkan data digital kepada data frekuensi radio. Datanya dihasilkan dari microcontroller PIC. Module ini menggunakan komunikasi RS232, jadi PIC menghantar data UART. Module ini boleh menerima dan menghantar isyarat (transmit and receive signal).

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 31st July 2009  |  11 Komen »

Mentor Jutawan Irfan Khairi

Irfan Khairi adalah motivator kekayaan dan perniagaan generasi baru. Sebagai seorang usahawan, penulis buku laris dan juga speaker pakar, kejayaan Irfan Khairi sering dipaparkan di majalah, akhbar dan juga media penyiaran. Sering digelar Jutawan Muda dan Jutawan Internet oleh pihak media masa atas kejayaannya mencapai keuntungan perniagaan internet sebanyak RM1 juta pada umur 25 tahun.

Selepas menamatkan SPM, Irfan Khairi telah menetapkan cita-cita untuk menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun. Apa yang menjadi inspirasi Irfan Khairi ketika remaja adalah mempunyai ikon-ikon pelakon barat. Mereka menjadi inspirasi Irfan kerana mereka melakukan kerja yang mereka suka di samping memperolehi banyak wang.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 26th July 2009  |  Tiada Komen »

PIC Lesson: Switch, Push Button

Bagaimana untuk PIC membaca signal dari switch atau push button?

Langkah pertama anda perlu tahu cara sambungannya. Untuk di sambungkan kepada Microcontroller PIC, anda boleh memilih untuk membuat ‘active high’ atau ‘active low’. Sambungannya seperti di bawah.

Bagi active low, dalam keadaan biasa port PIC adalah high. Apabila suis di tekan, port PIC akan menjadi low.

Manakala bagi active high, dalam keadaan biasa port PIC adalah low. Apabila suis di tekan, port PIC akan menjadi high.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 20th July 2009  |  12 Komen »

Tips Asas Menghadiri Temuduga

Patut Elakkan Semasa Temuduga

  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan soalan yang di tanya secara keterlalua
  2. Tidak memberi tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila di temuduga lebih dari seorang penemuduga.
  3. Mengelak dari menjawap soalan penemuduga atau mengalih perhatian panel dengan bercakap perkara lain.
  4. Memandang rendah kepada pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan yang anda berikan.
  5. Menggunakan nama-nama orang berpangkat dengan harapan penemuduga kagum dengan anda.
  6. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumitdan terlalu teknikal.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 16th July 2009  |  Tiada Komen »

Dunia Tanpa Jurutera

Anda sukakan teknologi? Sedar atau tidak sedar, segala keperluan manusia hari ini adalah hasil daripada teknologi. Apa yang kita miliki seperti rumah, kereta, handphone dan sebagainya adalah hasil pembangunan kejuruteraan.

Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kejuruteraan menggabungkan pengetahuan, matematik, dan pengalaman untuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses. Pengamal kejuruteraan profesional dipanggil jurutera.

Mari kita lihat tugas-tugas jurutera dalam bidang masing-masing.

Kejuruteraan elektrik merupakan satu bidang kejuruteraan yang mengkaji dan menggunakan ilmu elektrik, elektronik dan keelektromagnetan.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 14th July 2009  |  Tiada Komen »