Projek Lama

Di sini hanyalah projek-projek lama. Projek masa muda-muda, masa bergelar student dulu. Tak la lama sangat, sebab kenangan student tu masih belum setahun berlalu. Saya baru saja bekerja sebagai R&D Engineer selama 3 bulan. Selepas tamat belajar, sebelum bekerja pun sempat lagi pergi kursus Xilinx FPGA selama 2 bulan kendalian Symmid Corporation Sdn Bhd.

Kenangan projek yang tidak boleh lupa adalah ketika terlibat dengan pertandingan Robocon. Selama 3 tahun bersusah payah dengan Kelab Robot UiTM iaitu IRC. Saya terlibat pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Walaupun bersusah payah, tapi memang seronok buat projek robot sebab sudah minat dengan kerja-kerja engineering.

Sudah menjadi lumrah pelajar, kelab-kelab teknikal seperti ini tidak mendapat sambutan kerana tidak membabitkan akademik. Maklumlah, ketika buat projek ini perlu bersusah payah tanpa mendapat apa-apa elaun dan juga tiada tambahan kredit. Pelajar hanya belajar untuk cemerlang peperiksaan sahaja.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 4th June 2009  |  5 Komen »

Apa Itu PIC?

Tahu tak PIC? PIC kat sini bukan picture atau pig. PIC di sini adalah singkatan bagi Peripheral Interface Controller. PIC ni adalah microcontroller yang di keluaran oleh Microchip Technology. PIC ni popular kerana harganya murah. Saya tak tipu. Bukan saya je cakap, orang lain pun cakap sama gak. Malah (en) Wikipedia pun tulis begitu.

Seperti yang diketahui, anda boleh gunakan assembly language atau C language untuk memprogram PIC. Menggunakan assembly language membolehkan programmer mengarahkan apa yang processor buat dengan lebih tepat. Oleh itu, programnya lebih pantas dan padat. Penggunaan memory dalam PIC juga adalah kurang berbanding jika menggunakan C language.

Menggunakan C language pula, memerlukan anda menggunakan C compiler. Bagi PIC, kiranya telah wujud banyak compiler. Menggunakan C language juga adalah lebih mudah di fahami berbanding assembly language.

Ketika mula-mula saya belajar PIC menggunakan assembly language. Saya menggunakan software MPLab untuk membuat programming. Pada ketika itu, saya belum menjumpai compiler yang boleh di gunakan untuk PIC. Kemudian sejak keluarnya MPLab version 8.20, telah tersedia dengan Hi-Tech Compiler. Kini saya selesa menggunakan C programming dengan Hi-Tech compiler ini.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 31st May 2009  |  Tiada Komen »

Apa Itu Microcontroller?

Tahu tak apa itu microcontroller? Bagi student atau bekas student engineering, mungkin tahu benda ni. Adakah ia seperti biskut kering? Tidak, benda ini sangatlah penting dalam sistem teknologi sekarang. Cewah, macam expert pulak. Nak ajar budak sekolah tadika boleh la.

Sebenarnya microcontroller dalam bahasa mudahnya adalah IC yang boleh diprogramkan. Apa pula IC ni, Identity Card ke? Bukanlah. Identity Card kan sudah dikenali sebagai MyKad. IC iaitu Integrated Circuit, ala komponen warna hitam yang banyak kaki tu.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 29th May 2009  |  10 Komen »

Engineer vs Scientist

Apa, anda fikir engineer dengan scientist tu sama ke? Tak sama la. Ada beberapa versi jawapan untuk perbezaan engineer dan scientist ni. Jawapan versi tidak matang:

Engineer adalah engineer la, Scientist adalah scientist la”.

Jawapan versi lawak adalah:

“Engineer dan Scientist mempunyai sebutan yang berlainan. Perkataan Engineer bermula dengan huruf ‘E’ manakala perkataan Scientist bermula dengan huruf ‘S’.”

Jawapan di atas sememangnya betul. Tidak dapat disalahkan pun. Tetapi mesti hati anda rasa panas jika dapat jawapan seperti itu. Perbezaan diantara Engineer dan Scientist sebenarnya adalah seperti berikut:

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 26th May 2009  |  4 Komen »