Jangan Tertipu, Selaput Dara Tiruan

Isu keperawanan wanita selalu berhubung kait dengan selaput dara. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama. Sedangkan ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat nipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 13th October 2009  |  14 Komen »

Python, Kenderaan Dua Alam

Ketika saya sekolah rendah, saya pernah berangan untuk membina kereta dua alam iaitu kereta yang boleh bergerak di darat dan di atas air. Angan-angan besar, tapi bukanlah hebat sangat untuk merealisasikannya. Kini, kenderaan itu telah pun wujud. Kereta Python di dakwa sebagai kenderaan dua alam yang paling laju dan berprestasi tinggi ketika ini.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 10th October 2009  |  2 Komen »

Sunathrone, Alat Berkhatan

Jika pada masa dahulu, amalan berkhatan dilaksanakan oleh Tok Mudin. Dengan proses berkhatan yang menyakitkan, kanak-kanak lelaki sangat gerun untuk berdepan dengan Tok Mudin. Ada yang menangis dan berlari ke sawah. Itulah cerita yang kita dapat dengar daripada orang-orang tua kita. Nasib baik saya tidak perlu mengalami pengalaman berkenaan. Kini kaedah khatan moden menggunakan ubat bius untuk mengelakkan kesakitan.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 3rd October 2009  |  5 Komen »

Cara Untuk Design PCB Menggunakan Protel

PCB adalah singkatan bagi Printed Circuit Board. PCB digunakan untuk menghasilkan satu projek elektrik dengan kemas. Berbanding menggunakan Strip Board atau Breadboard/Protoboard. Apabila membuat design dengan PCB, kedudukan komponen diatasnya lebih kemas dan tersusun. Dengan kedudukan komponen yang teratur, saiz PCB boleh menjadi lebih kecil dan juga projek elektrik anda lebih baik.

Design PCB adalah satu kemahiran yang harus diketahui oleh engineer elektrik. Software yang saya gunakan untuk design PCB ini adalah Protel DXP 2004. Ia amat mudah digunakan dan friendly user. Ia boleh digunakan untuk membuat design single layer ataupun lebih. Kebiasaanya hanya single layer dan double layer yang digunakan.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 2nd October 2009  |  6 Komen »

Kereta Bergerak Sendiri

Kereta bergerak sendiri mungkin impian pemandu-pemandu akan datang. Kereta perlu bergerak secara automatik tanpa perlu di kawal dan kereta tersebut perlu mengikut landasan yang tertentu. Model ini berpotensi untuk membina kenderaan masa hadapan yang bergerak sendiri tanpa di kawal oleh manusia.

Baca Seterusnya »

Ditulis pada 10th September 2009  |  8 Komen »